Hanya Ada 999 Pasang Dalam Dunia, Design Kasut Limited Edition Aliph X Search Memang Rock!
“Apa akan jadi kalau Nabila Huda hilang?”
Korang perasan tak, sejak belakangan ni banyak betul teka-teki ni muncul dekat TL media sosial sis. Tahu tak jawapannya apa? “Mestilah Amy Search.” Sebab yelah, Nabila Huda kan anaknya Amy Search yang terkenal dengan trademark wewiit tu.
Bukan peminat rock kapak pun tahu pasal lagu kumpulan rock lejen Search ni. Antaranya lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu. Fuh, syahdu mendayu!
Sejak perkenalkan penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales sebagai vokalis dorang tahun lalu lepas berjaya buat juri terpukau dengan nyanyian She’s Gone, Search kembali menyengat dalam industri muzik Malaysia.
Tapi sis bukan nak share sangat pasal tu, sis cuma nak share pasal kolaborasi antara Aliph, salah satu jenama kasut besar dari Malaysia yang terkenal dengan imej vintagenya bersama Search.
Hanya ada 999 pasang sahaja dalam dunia, siapa yang gunakan kasut Aliph dianggap sebagai hypebeast. Siap ada group khas untuk mengumpulnya tau.
Nak dapatkan kasut Aliph x Search ni mudah je. Korang boleh pre-order dulu dekat fenomenasearch.com cepat-cepat sebelum habis stok!
Bukan sahaja Search, Aliph juga berkolaborasi dengan beberapa kumpulan lejen lain macam Wings, Lefthanded dan SYJ sampaikan dorang dikaitkan sebagai lambang zaman kegemilangan Rock Kapak Dekat Malaysia.
Artikel asal: Kite Punye