Drive-Thru A&W Kembali DI Seremban Dengan Vibe Baru
Dekat Malaysia ni, A&W adalah salah satu rangkaian restoran fast food yang boleh dikatakan lejen sebab kewujudannya ada sejak dari 1963 lagi tu. Korang kira sendirilah berapa punya lama dia bertapak dekat sini.
Dengan konsep retro feat moden, orang-orang Seremban dah boleh tersenyum lebar bila A&W Seremban ada tawarkan servis drive-thru. Tak payah pergi kaunter atau buat order dekat platform online, terus je masuk kawasan drive-thru.
Selari dengan perubahan mengikut zaman yang mahu A&W amalkan supaya kekal relevan dan appealing untuk semua pelanggannyaya. Kalau korang jenis suka mengopi, boleh juga lepak di sini sebab brand kopi Jamaica Blue pun ada.
Menjadikan A&W Seremban sebagai restoran pertama yang ada restoran A7W dan Jamaica Blue!
Orang-orang Somban jangan lupa datang drive-thru sini okey?
Menjelang 2025, A&W target untuk ada 150 di seluruh Malaysia. Semoga berjaya!
Artikel asal: Best Restaurant to Eat