Cara Guna Body Scrub Untuk Kurangkan Sakit Masa Proses Waxing
Selalu dengar pasal skrub muka kan? Tapi pernah tak korang dengar pasal skrub badan?
Okey, sebenarnya fungsi dia sama je. Buang sel kulit mati supaya kulit nampak lebih sihat dan fresh. Tak adalah kusam je. Paling kurang pun perlu skrub badan seminggu sekali supaya daki-daki daripada kotoran habuk tak buatkan kulit korang nampak gelap daripada biasa.
Dan sebenarnya kalau nak tahu, skrub badan ni juga bantu mudahkan proses waxing supaya lebih mudah dan tak sakit. Sebab liang roma pada kulit tu dah dibersihkan. Bulu pun jadi lebih lembut dan mudah ditarik. Ingrown hair pun dapat dikurangkan.
Kriteria lain yang perlu pada body scrub ni ialah tekstur dia Jangan terlalu kasar sampai boleh menyebabkan kulit tercedera.
Macam yang Rawlins guna ni dari Wawawax yang ada semua kriteria dekat atas. Cara nak gunakan dia sangat mudah.
1. Sebelum korang cukur atau wax, apply sikit body scrub dan massagekan dekat kulit yang dah dilembabkan.
2. Jangan tekan kuat sangat, gosok dalam keadaan memutar.
3. Bilas dengan air suam dan keringkan dengan gunakan tuala lembut.
4. Elakkan pada kulit yang terluka atau kulit sensitif.
Ada 2 bauan yang boleh korang pilih iaitu Rosie Red dan Sweet Peachy. Kalau tanya mana yang wangi, bagi Rawlins, dua dua pun baunya sangat sedap.
Kalau korang nak try, boleh terus je order dekat Shopee Wawawax untuk dapatan promo free delivery tau!
Artikel asal: By Rawlins