Koleksi Kasut Metamorphosis Inspirasikan ‘Rama-Rama’ Khas Untuk Wanita Kosmopolitan
Kalau korang peminat kasut lokal, mesti korang pernah dengar kan pasal XALF? Terutama wanita-wanita kosmopolitan.
Kalau korang nak tahu, XALF pernah keluarkan kasut koleksi Metamorphosis yang menginspirasikan rama-rama dalam keluarkan koleksi ni. Elemen yang individual tapi jelas tonjolkan kecantikan.
Macam rama-rama.
Macam koleksi bawah ni, dari kiri Chris Tong gayakan Fluvia, high heels yang memang dia suka sangat sebab walaupun dah dua jam pakai tak rasa sakit. Manakala Thanuja Ananthan pakai Acmon, ballet flat yang super comfy.
Dari kiri gambar bawah ni pula Vanessa Chong gayakan Lotus, pointy shoes limited edition untuk illustrasi kaki lebih slim. Di kanan gambar pula Dato’ Ruby Khong gayakan Indra, peep toe shoes yang dikatakan tak menekan kaki sampai rasa sakit.
Diasaskan oleh Xavier Mah dan Alfred Hor, Metamorphosis ni adalah tanda yang mahu menunjukkan bagaimana susahnya ulat beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Refleksi yang sama untuk wanita untuk hargai kecantikan dorang dengan gaya hidup berkualiti.
Gituh.
Artikel asal: Ashley Yeen