Tips Terbaik & Mudah Untuk Atasi Masalah Kulit Kering
Yang ada masalah kulit kering je tahu bertapa terseksanya bila dia datang. Gatal, kulit menggelupas tu benda biasa yang kena hadap. Bak kata BBNU sekarang ytjt.
Banyak dah try tips, tapi tak jalan pun. Padahal orang lain review kata kulit dorang elok je moist bila amalkan tips-tips tu.
Buat korang yang dah bosan dengan tips yang dah biasa buat, tapi masalah kulit kering masih sama, meh sis nak share sikit tips yang tiptop daripada Kelly yang boleh korang cuba dan mostly yang dah try kata berhasil tau
1. Mandi air suam
Ada masa memang mandi hot & steamy bak kata orang Salleh best tapi tahukah korang yang ia sebenarnya buatkan kulit korang jadi lebih kering? Sebab boleh menyebabkan kulit hilang kelembapan semulajadi dia. Tu yang jadi kering & gatal.
2. Body butter
Untuk atasi masalah kulit kering ni, korang boleh apply body butter yang mana pilihan terbaik dia petroleum jelly dan coconut oil sebagai lapisan perlindungan. Kalau jenama biasa yang orang guna tu Vaseline lah.
3. Oatmeal bath
Biasa dengar orang buat makan je oat kan? Apa kata kali ni korang boleh try untuk buat mandi pula. Sebabkan oat ni kaya dengan anti oksidan dan ada kandungan bahan anti radang, memang sesuai sangat sebagai rawatan alternatif kulit kering.
4. Skrub & exfoliator
Nak guna skrub badan boleh, tapi jangan terlampau kasar masa apply tu sebab boleh tambahkan lagi kerosakan pada kulit.
5. Makanan kaya anti-oksidan
Untuk jangka panjang, kerap makan makanan yang kaya dengan anti oksidan supaya boleh bantu percepatkan rawatan kulit kering korang. Contoh macam tomato, blueberry, kacang, dan lobak atau makanan yang kaya dengan omega-3 untuk kulit yang lebih sihat & glowing.
6. Humidifier
Invest sikit untuk humidifier supaya udara dalam bilik atau rumah korang kekal lembap.
Follow tips yang Kelly bagi ni, dan korang akan nampak hasilnya pada kulit. Selamat mencuba!
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: Erik Mclean via unsplash