Kulsoom, atlet angkat berat wanita berhijab
Terlibat dalam bidang pekerjaan yang dimonopoli kaum lelaki bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi sekiranya bidang tersebut memerlukan tenaga dan keupayaan fizikal yang kuat. Iyalah, kaum wanita kan sering dianggap lemah jika dibandingkan dengan kaum lelaki dan bidang-bidang begini semestinya akan memberikan cabaran yang ekstra buat mereka.
Begitu pun, seorang atlet sukan angkat berat kacukan Pakistan – Amerika Syarikat berjaya menjadi salah seorang wanita yang berjaya menakluki sukan angkat berat di dunia.
Wah, hebatnya. Wanita yang bernama Kulsoom Abdullah ini juga merupakan seorang wanita muslimah yang berhijab.
Haa tapi bukan itu sahaja fakta yang mengagumkan tentang wanita ini. Kulsoom juga merupakan pemegang PhD dalam jurusan Teknik.
Wow kagumnya min. Sudahlah kuat, bijak pulak tu.
Kulsoom akan menjadi atlet angkat besi muslimah pertama yang mewakili Pakistan di World Championship yang akan berlangusng di Thailand September depan.
Okay jom kita tengok sikit beberapa foto wanita hebat ini.
Manis betul wajah Kulsoom ni. Tentu ramai yang masih lagi tidak percaya wajah sebegini memiliki kekuatan yang luar biasa apabila terlibat dalam sukan angkat berat.
Comel betul, pakai tudung bawal tapi angkat berat. Haih, cair min dibuatnya.
Akui Kulsoom, dia sudah biasa didiskriminasi akibat jantina dan juga agamanya. Namun wanita hebat ini tidak kisah.
“Sebelum terlibat dengan sukan angkat berat, saya sebelum ini menyertai taekwondo.
“Saya pernah dilarang menyertai satu pertandingan angkat berat pada tahun 2010 hanya kerana saya memakai hijab,” katanya.
Biarpun pernah didiskriminasi sebelum ini, larangan menyertai pertandingan itu menyebabkan dia sedih dan kecewa.
“Memandangkan saya sudah bersaing dan berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi peringkat kebangsaan, apabila saya dilarang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, saya teramat sedih,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah terfikir atau pun menyimpan cita-cita untuk untuk bergelar seorang atlet.
Kulsoom hanya tertarik untuk menyertai sukan angkat berat selepas tamat persekolahan.
Namun, dia sedar sukan tersebut mungkin agak sukar untuk diceburi memandangkan ia memerlukan kekuatan fizikal dan juga tidak ramai wanita yang berkecimpung dalam sukan tersebut.
Selain itu, ia juga memerlukan disiplin dan ketekunan yang tinggi. Haaa disebabkan dua faktor inilah Kulsoom jadi lebih bersemangat nak join sukan angkat berat ni.
Katanya, dulu, aktivitinya hanyalah makan, belajar, bekerja dan juga tidur. Rutin begitu yang agak membosankan menjadikan dia tertekan dan tidak berdisiplin.
Sebaik sahaja menyertai sukan angkat berat, Kulsoom menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan lebih bertenaga.
Kulsoom juga amat bersyukur kerana keluarganya amat menyokong minatnya itu dan cukup berbangga dengan pencapaian Kulsoom.
Min pun bangga!