Kebaikan Zombie Pack Mask, Beauty Mask Special Dari Korea
Hai korang! Dah layan ke siri sekolah diserang virus zombie dalam All of Us Are Dead? Amacam, feel real tak? Dalam banyak-banyak siri cerita zombie dari Korea, korang paling layan yang mana?
Kalau tanya sis, All of Us Are Dead best, cuba plot dia macam sedikit meleret berbanding dengan Train to Busan yang memang pack dengan aksi zombie.
Tapi kali ni, sis bukan nak cerita pasal zombie. Sis nak share yang Sunshine Kelly ada gunakan beauty mask ala-ala makeup zombie. Dekat Korea Selatan memang tengah hit.
Zombie Pack Mask ni membantu korang yang ada masalah kulit temui solusinya dengan improvement secara segera. Sebab dalam satu pack ni boleh bantu selesaikan 9 masalah kulit dengan penggunaan 15 minit je.
Sesuai untuk semua jenis kulit, korang akan rasa liang roma kembali ditutup, sel kulit mati akan diexfoliate, breakout yang kecik-kecil tu akan hilang, kulit pun terasa kembali ‘diangkat’ selain daripada melembap dan mencerahkan kulit.
Cara pakai dia mudah je. Campurkan liquid activator dengan powder capsule dan kacau rata sebelum sapu dekat kawasan muka. Biarkan 10-15 minit dan korang akan rasa kulit ditegangkan. Dan masa nilah korang boleh check/diagnose masalah yang dihadapi kulit korang.
Kalau ada crack tu maksudnya kulit korang kulang hidrat. Macam yang Kelly hadapi dekat kebanyakan kawasan kulit muka Kelly. Dekat dahi pula ada bumpy part yang mana kawasan tu kurang elastik dan beberapa formasi kedutan.
Korang kalau nak #intothescene dalam kebangkitan genre zombie sekarang ni, bolehlah try guna dan share hasilnya dekat media sosial.
Artikel asal: Sunshine Kelly