Wanita palsu perdaya imam
Perkahwinan merupakan momen yang paling dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Tidak kiralah dia kerja hebat atau biasa-biasa malah Imam juga mempunya keinginan untuk berkahwin.
Namun, apakah ia akan menjadi igauan negeri buat korang kalau pasangan yang korang kahwini tidak seperti yang diharapkan. Lebih teruk “Bukan Jantina Sebenar!!”
Haaa ini ada kisah seorang imam yang kecewa kerana mengetahui pasangannya bukan lah seorang wanita malah lebih teruk dia dikahwini atas sebab yang paling meremukkan hatinya.
Seorang imam di Uganda terkejut mengetahui bahawa wanita yang baru saja dinikahinya merupakan seorang lelaki.
Sheikh Mohammedd Mutumba adalah nama lelaki ini, dia telah berkahwin dua minggu lalu. Lelaki berusia 27 tahun itu mengakui sejak perkahwinannya berlangsung, dia tidak melakukan hubungan seks kerana isterinya mendakwa sedang menstruasi (datang bulan).
Beberapa hari kemudian, isterinya ditangkap mencuri televisyen milik jiran. Kebenaran tentang jantina isteri imam itu terbongkar selepas wanita palsu ditemui oleh pegawai polis wanita. Ternyata isteri ini seorang lelaki.
Suspek yang mengaku sebagai seorang wanita bernama Richard Tumushabe. Dia berkahwin dengan imam Mutuba kerana dia bermaksud untuk mencuri wangnya.
Mendengar kebenaran itu, hati Mutumba telah ‘remuk’, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya adalah seorang lelaki. Akhirnya Mutumba bertemu dengan penasihat untuk mendapatkan solusi atas masalahnya.
Rakan-rakan Mutuba berkata bahawa mereka juga ditipu oleh lelaki itu, kerana dia memakai tudung.
“Dia mempunyai suara manis dan berjalan seperti seorang wanita,” kata Amisi Kibunga, yang bekerja di masjid.
Kibunga juga mengatakan bahawa Mutumba telah mengadu kepadanya kerana isteri barunya tidak mahu “menanggalkan pakaian ketika mereka tidur”.
Sheikh Abdul Noor, seorang pegawai Islam tempatan mengatakan kejadian itu sedang disiasat. Sekarang Mutumba direhatkan sementara daripada tugasnya di Masjid Kyampisi, Masjid Noor.
Pengerusi masjid, Imam Sheikh Isa Busuulwa mengatakan bahwa penggantungan itu diperlukan untuk “menjaga keutuhan iman mereka”.
Huihhhh nak kata cinta itu buta pun tak jugak, tapi ini kerana niat jahat sanggup membuatkan seorang imam buta cinta. Apalah sebabkan duit sanggup menyamar jadi perempuan sampai kahwin pulak tu.
Penyamaran dia bukan biasa-biasa sampai semua orang terpedaya. Sehingga orang perempuan pun tak dapat bezakan dia lelaki. Ini kalau masuk anugerah perfileman ke kategori pelakon terbaik sah boleh menang trofi tu. Apa-apa pun guys lepas ni pastikan cek pasangan betul-betul sebelum kahwin yer.