Air Fryer Oven Siap Buku Resepi FREE Lagi Tu Untuk Korang Cuba
Sejak beberapa tahun belakangan ni, korang perasan tak yang air fryer dah jadi macam item wajib ada untuk memudahkan urusan penyediaan dekat dapur. Tak perlu ada skill memasak.
Masuk je bahan dalam air fryer, setkan masa dan tunggu jelah sambil nak tergolek depan TV pun boleh.
Buat korang yang masih belum ada air fryer dan masih survey nak beli yang mana, haa meh Best Restaurant to Eat share satu benda yang upgrade daripada air fryer iaitu air fryer oven!
Boleh guna untuk masak atau pun baking sebab ada function macam oven! Menarik dan menjimatkan ruang dekat rumah kan? Tak perlu nak beli oven dah. Beli satu tapi ada 2 function.
Yang Best Restaurant to Eat guna ni siap ada buku resepi. Jadi kalau ketandusan idea nak masak apa, haaa selak jelah buku resepi tu dan tengok apa yang berkenan.
Makin mudah dah kerja-kerja dapur lepas ni. Amacam suri suri sekalian, tak teringin nak upgrade ke?
Artikel asal: Best Restaurant to Eat