Wah betul ke Kilafairy ucapkan selamat tinggal kepada imej seksi?
Apabila menyebut nama selebriti ini, Kilafairy, umum akan terbayang imej seksi yang cukup sinonim dengan dirinya. Selain tubuhnya yang langsing dan seksi, Kilafairy atau pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini juga memiliki sepasang bibir yang juga cukup seksi.
Namun, kalau uols perasan, Kila dah jarang memuat naik foto seksi di laman sosial Instagramnya. Ada yang memberitahu Kila sudah berubah. Wah, betul ke?
Ya, pelakon popular itu mengakui sudah ‘berubah’ dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan imej seksi. Ada yang meneka perubahan imejnya itu ada kaitan dengan kisah percintaan. Wah, sedang bercinta rupanya sis Kila ni.
Jelas Kila, perubahan begini seiring dengan kematangan diri. Hmm betullah tu kan, semakin kita menginjak usia dewasa, kita juga semakin matang dan semestinya akan memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi.
“Dalam hidup ini, kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini. Saya melihat perubahan ini sebagai satu usaha ke arah memperbaiki diri.
“Iyalah, kita pun bukan semakin muda. Perlahan-lahan, inshaAllah,” katanya.
Tambah Kila, dia sebenarnya sudah tujuh bulan cuba menjaga penampilan. Ohh patutlah foto-foto terbaharunya nampak sopan dan cantik.
Beberapa imej yang dikongsikan pelakon ini menerusi laman social Instagramnya juga jelas menunjukkan perubahan yang sedang dibuat wanita tinggi lampai ini. Wahh memang cantik dan nampak sopan sangat Kila sekarang.
Paling min tertarik, baju biru yang dikenakannya dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Busana biru berlengan Panjang jenis ala-ala tuxedo itu memang nampak elegan dan jelas menunjukkan sisi kematangan pelakon itu. Alahai, orang kalau dah cantik pakai apa pun cantik tak gituuu?
Ada juga yang meneka, adakah Kila akan meninggalkan dunia seni selepas berubah? Maklumlah, pelakon itu juga merupakan seorang usahawan kan bagi jenama produk minuman pelangsingan badan, KILAFIT.
Namun menurut Kila, itu hanyalah andaian sahaja dan perubahan yang dilakukan juga bagi memberikan imej dan contoh lebih baik buat pengguna KILAFIT.
Haaa buat yang tidak tahu, Kila juga ada menjual produk pelangsingan KILAFIT yang memang berkesan. Tengok sahajalah badannya, langsing betul kan?
Menurut Kila, dia cukup komited dalam menghasilkan produk pelangsingan yang bukan sahaja berkesan malah tiada kesan sampingan. Ish, takut kan bila dengar produk pelangsingan dengan pelbagai kesan sampingan?
Pelakon langsing ini menegaskan, tak perlu takut untuk cuba produknya kerana ia terbukti berkesan.
Baju biru yang dikenakan Kila ini menyerlahkan imej lebih sopan yang cuba ditampilkan wanita ini.
Apa pun, min doakan yang terbaik buat Kila dan semoga dia sentiasa istiqomah dalam menjaga penampilan.