Kombinasi warna yang paling sukar untuk digayakan
Haa pernah nampak tak padanan atau kombinasi warna yang nampak pelik atau serba tak kena apabila digayakan? Tak pasal-pasal kena kritik dengan rakan-rakan atau fashion police. Kadangkala, satu blaus itu sudah memiliki potongan yang cantik namun apabila dipadankan dengan seluar yang berwarna terlalu kontra, ia kelihatan pelik dan tidak sesuai. Bagi mengelakkan kesilapan sebegini, seseorang haruslah tahu padanan warna yang sesuai untuk digabungkan bagi tampak bergaya dan onz! Berikut min kongsikan antara warna yang sukar untuk dipadankan Bersama namun masih boleh kelihatan cantik jika kena gayanya.
1. Biru dan jingga
– Dua rona terang ini apabila dipadankan bersama cukup mudah untuk membuatkan gaya seseorang itu kelihatan pelik. Memandangkan kedua-duanya merupakan rona yang terang, ia membuatkan kedua-dua warna kelihatan terlalu menonjol dan menyakitkan mata. Sebaiknya, pilihlah rona biru gelap seperti navy blue dan dipadankan dengan rona jingga yang sedikit toned down seperti merah bata. Bagi pemilihan aksesori pula, pilihlah akseseori rona emas sebagai pelengkapgaya.
2. Merah dan hijau
– Alamak, ini pokok Krismas ke? Haa padanan dua warna ini cukup sinonim dengan pokok Krismas. Oleh sebabb itu, ramai yang akan mengelak menggabungkan dua wanra ini tatkala bergaya kerana bimbang ornag keliru pula nanti. Namun, jika masih mahu memadankan dua rona ini, lengkapkan dengan aksesori warna tanah bagi mengimbangi hijau dan merah.
3. Hitam dan coklat
– Kita semua pernah mendengar peraturan ini : Jangan sesekali memadankan rona coklat dan hitam. Namun, dua rona ini sebenarnya amat cantik dan sesuai apabila digayakan bersama. Rona hitam ternyata masuk dan kena dengan semua warna dan coklat salah satunya.
4. Kuning dan semua warna lain
– Haa yang ini memang min setuju sangat. Min pun selalu mengelak daripada mengenakan pakaian berwarna kuning kerana tidak tahu mahu digayakan dengan seluar dan tudung warna apa. Tipsnya ialah pilih warna neutral atau selamat iaitu hitam, putih dan kelabu. Hasilnya, rona kuning masih kelihatan menyerlah dan seimbang dengan warna-warna selamat ini dan anda akan tampak bergaya!
5. Hitam dan putih
– Gabungan warna hitam dan putih apabila digabungkan memang cantik namun sebaik sahaja anda menambahkan satu lagi warna lain, penampilan terus jadi serba tak kena dan pelik. Oleh itu, apabila memilih untuk menggayakan dua warna ini, pastikan aksesori juga daripada warna hitam atau pun putih bagi melengkapkan gaya. Hasilnya pasti menawan.