Eyeshadow Stick Mudahkan Kerja Makeup Gaya Bold
Bagi newbie, makeup gaya bold antara salah satu jenis look yang agak susah jugak nak buat. Bukan sebab apa, takut bold sangat nanti sampai nampak macam aneh pulak.
Biasanya, makeup bold ni orang selalu buat kat mata. Bahagian eyeshadow akan ditebalkan.
Jadi hari ni Kelly nak share sikitlah pasal satu eyeshadow yang waterproof dan sesuai untuk korang yang nak tampil dengan gaya bold ni.
Yang bestnya, dia jenis stick. Lagilah mudah korang nak melukis tu haaa..
Kalau tersentuh pun, tak adalah macam nampak sangat kesan comot tu. Korang rilek rilek je sebab ia memang khas diciptakan untuk cuaca lembab. Musim hujan dekat Malaysia, pakai pun still onzz la.
Satu stroke je, then siap ready to go!
Ada 14 shades yang mana eyeshadow ni jugak korang boleh guna as eyeliner atau kohl. Jimat kan? Beli satu penggunaannya pelbagai.
Artikel asal: Sunshine Kelly