Banyak Gila Yuyu Jimat Bila Shopping Raya Untuk 3 Hero Dekat Sini
Untuk tahun 2022, sis rasa ramai je kan yang dah tak sabar nak menanti tarikh tu. Banyak sebab sebenarnya yang bawa kepada rasa tak sabar tu. Antaranya sebab dah 2 tahun raya dalam norma baharu, satu lagi sebab untuk raya 2022, berderet gais cuti umum!
Buat yang nak sambut secara meriah tapi masih nak berjimat, Yuyu ada cadangan dekat mana korang nak beli semua persiapan raya korang. Terutamanya yang suka buat last minute punya plan.
Untuk 3 hero Yuyu, harga untuk persiapan raya dorang iaitu baju Melayu kurang dari RM200. Bukan untuk first day raya je tau tapi lanjut sampai 2nd day. Korang bayangkan 6 pasang je baru RM200. Sebelum ni lebih dari tu.
Mana Yuyu shopping? Haa, nak bagitahulah ni. Dekat KWC Fashion Wholesale je. Banyak sangat pilihan baju menarik. Siap boleh tawar lagi kalau beli banyak-banyak. Jimat berganda! Husband Yuyu happy sekali la sebab bajet kurang. ;p
Tak cukup cash, boleh je wave wave kad bank korang tu. Atau online transfer je. Mudah kan? Tak perlu fikir nak beli tapi tak cukup cashlah apalah.
Menarik kan?
Kalau korang pun suka pergi KWC, share la pengalaman korang dengan Yuyu. Banyak tak korang jimat?
Artikel asal: Yuyu Zulaikha