Khasiat minyak kelapa yang mengagumkan – ramai tidak tahu
Minyak kelapa sememangnya terkenal sebagai salah satu sumber untuk melembapkan kulit dan juga rambut. Tidak hairanlah minyak kelapa sering dimasukkan dan dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menghasilkan pelembap. Namun, penggunaan dan kebaikan minyak kelapa tidak hanya terhad kepada kecantikan sahaja tau. Di sini, min nak kongsikan kepada uols di luar sana antara manfaat minyak kelapa yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Meningkatkan sistem imunisasi badan
– Wah, rupa-rupanya minyak kelapa mengandungi asid laurik yang merupakan antibakteria semulajadi. Rasanya semua dah tahu apa fungsi anti bakteria kan. Haaa jadi minyak kelapa juga akan membantu menguatkan sistem imunisasi yang sedia ada lemah dengan sel darah putih yang kemudiannya akan tolong badan kita melawan virus. Memang wow kan!
2. Mengempiskan perut
– Haa? Biar betul? Macam mana minyak boleh kempiskan perut pulak? Okay min nak kongsikan yang minyak kelapa telah terbukti mengurangkan risiko obesiti . Dua sudu minyak kelapa yang diminum secara konsisten setiap hari telah terbukti mengurangkan ukur lilit pinggang serta mengurangkan lemak perut. Jadi, lepas ni korang bolehlah bergaya dan sarung semula kebaya lama dalam almari tu!
3. Meningkatkan tenaga
– Kandungan kalori yang tinggi menjadikan minyak kelapa sebagai sumber terbaik untuk menambahkan tenaga secara instant. Kalau mengantuk dan lemau dekat ofis tu, mungkin boleh ambil minyak kelapa bagi menggantikan kopi atau minuman tenaga.
4. Beri nutrisi kepada kulit kepala
– Ramai yang hanya mengamalkan penjagaan rambut sahaja dan sering mengabaikan kulit kepala. Ini merupakan satu kesilapan ya kerana rambut yang sihat juga datang daripada kulit kepala yang sihat. Haa ni min nak share, minyak kelapa juga membantu melembapkan kulit kepala dan mencegah kelemumur. Caranya mudah sahaja, lumurkan kulit kepala dengan minyak kelapa secara lembut setiap hari dan syampulah rambut seperti biasa. Say hi healthy scalp and bye to flakiness!
5. Bersihkan gigi
– Minyak kelapa juga merupakan ejen yang cukup baik untuk membersihkan gigi. Pernah dengar Teknik oil pulling? Teknik oil pulling merupakan teknik membersihkan gigi secara total. Caranya adalah dengan berkumur dengan minyak kelapa selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu, beruslah gigi sepertii biasa. Korang akan rasa gigi tu betul-betul bersih!
Manfaat minyak kelapa sebenarnya cukup banyak dan besar dalam kehidupan seharian. Lepas ni, korang bolehlah bijak memanfaatkan kebaikan minyak kelapa sesuai dengan keperluannya.