Bricks Family Restaurant @ Legoland Malaysia Resort Memang Fun!
Hai korang, ingat tak Weekend Treat pernah share pasal trip staycation bersama anak-anak dekat Legoland Resort Malaysia hari tu?
Okey kali ni sis nak share jugak benda sama, cumanya bukan nak share pasal staycation ke apa. Sis nak share pasal Bricks Family Restaurant yang ada dalam tu.
Kalau korang ke Legoland, jangan lupa singgah sini sebab sambil makan banyak aktiviti yang anak-anak boleh buat. So makan tu akan jadi lebih fun!
Sebab dekat restoran ni kalau korang perasan, makanan dia ada yang dia hidangkan dalam bentuk lego brick macam tu. Budak-budak kan senang teruja kalau benda tu lain daripada kebiasaan dia.
Masa ni pun dah nak dekat Krismas, so banyaklah deko deko desert yang sangat menarik untuk bukan je dilihat tapi jugak dimakan.
Sis rasa kita yang dewasa pun boleh teruja tau tengok menu-menu dia. Aduh, terus rasa lapar. Rasa nak staycation pulak dekat Johor.
Jom korang?
Artikel asal: Weekend Treat