Menyinar Dengan Gaya Bollywood
Kalau dekat Malaysia ni, antara tema fesyen yang digemari ialah Bollywood. Aduh, siapa je tak suka kan? Berfesyen ala-ala bintang Bollywood kesayangan kita. Masa tulah nak melaram sesungguhnya kan?
Macam masa Deepavali tu, sis nak share yang sis suka betullah bila Habib Jewels buat barang kemas khas untuk Deepavali dengan Gaya Bollywood.
Emas memang memainkan peranan yang penting bukan je pada budaya, tapi juga tradisi dan upacara keagamaan terutamanya masyarakat India. Jadi Deepavali tetap terasa meriah walaupun sambutannya sederhana je.
Dipadankan pulak dengan baju-baju warna terang, memang meriahlah bila digandingkan dengan barang kemas yang jadi simbolik kejayaan, kekayaan dan tuah yang dimiliki.
Dalam apa-apa acara pun, kalau korang cari barang kemas yang sesuai bolehlah ke Habib Jewels. Online je pun boleh: www.habibjewels.com
Artikel asal: Ayu Arjuna