Industri Filem Malaysia Dah Tersasar? Jom Dengar Podcast Menarik Pasal Isu Seksisme Dalam Industri Tempatan
Sejak berzaman-zaman lagi, industri filem ni mainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat, tak kisahlah dari dalam atau luar negara sekalipun semuanya ada misi yang sama.
Tapi benda paling malang biasa kita nampak ialah wanita ni jarang sangat diberi watak utama. Tak perlu tengok jauh, pandang industri filem kita sendiri. Biasanya asal watak wanita, digambarkan sebagai watak yang dieksploitasi – didera, digunakan dan dirogol.
Tapi sejak belakangan ni, isu diskriminasi ni dah semakin berani disuarakan oleh pemain industri sendiri. Macam hari tu dekat Twitter ada satu sesi dialog podcast yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Forum Kandungan, Mediha Mahmood bersama Sharifah Amani, Sofia Jane, Susan Lankester, Fatimah Abu Bakar & Daiyan Trisha berkongsi pengalaman peribadi dorang pasal isu ni.
Antara yang sering ditanya Sharifah Amani pasal industri Malaysia ini ialah adakah industri filem Malaysia ni dah tersasar daripada perkara paling penting iaitu penceritaan sebab apa yang dia tonton dekat TV dah terasa asing.
“Malaysia mempunyai ramai wanita hebat yang berjaya di persada dunia tetapi pencapaian wanita ini jarang ditonjolkan atau diceritakan di persada seni tempatan.
Kenapa kita tidak boleh ada adegan yang memaparkan sepasang suami-isteri menunjukkan kasih sayang tetapi adegan rogol boleh pula? Apabila kita mempunyai cerita tentang wanita yang jatuh cinta dengan perogolnya, apakah yang kita cuba ajar kepada generasi akan datang?”
Pendapat ni dipersetujui Sofia Jane, salah satu pelakon yang boleh dikira sebagai lagenda dalam industri filem. Kata Sofia, sebabkan normalisasi rogol inilah punca ada sesetengah yang tak sedar kesan adegan ini terhadap masyarakat. Filem tempatan dah bukan lagi teroka emosi tapi eksploitasinya sampai rogol boleh diremehkan sebagai gurauan.
Korang boleh dengar podcast penuh ni dekat: anchor.fm