Staycation Glam Gaya Rawlins
Hi korang! Dah ada plan ke hujung minggu ni nak staycation mana? Amboi, sejak rentas negeri dibenarkan, masing-masing tak lekat ye duduk rumah tiap kali hujung minggu.
Okey, kalau korang plan nak staycation dalam bandar je, rilek rilek jom Rawlins nak share staycation glam cara Rawlins. Bolehlah untuk satu/dua malam, rehat-rehat dekat kawasan yang berbeza pulak.
So, Rawlins pilih Sunway Velocity Hotel yang dekat dengan tarikan menarik di Kuala Lumpur. Macam 4km je daripada Merdeka Square, 5km daripada Petronas Tower dan connected dengan Sunway Velocity Mall.
Dengan capaian mudah ni, korang boleh je nak pergi tengok kawasan menarik. Tapi Rawlins kali ni nak staycation rilek rilek yang mana akan duduk je dalam hotel dan enjoy segala yang ada hotel sediakan.
Contohnya dorang punya makanan, daripada tea time bawa ke breakfast , dessert dan sebagainya. Memang puas hati.
Lepas dah makan, pergi melawat fitness centre. Dapat pulak kawan yang boleh dikatakan sebagai workout freak, habis Rawlins kena paksa lari dekat treadmill dalam 30 minit jugaklah.
Lepas je dah berpeluh tu, apa lagi carilah swimming pool kan. Terjun dan nikmat!
Bilik pun memang selesa. Terasa macam tak nak bangun pun ada. Kawasan pun sangan tenang untuk kita santai santai tanpa dengar bunyi bising.
So, overall memang sangat puas hati. Pastinya Rawlins akan datang lagi untuk staycation glam paling rilek ni.
Artikel asal: By Rawlins