Boleh Guna Tanpa Was Was, Ini Dia Pewarna Rambut Telus Air Yang Best
Dilema seorang yang bergelar wanita Muslimah, nak warna rambut tapi masih ragu-ragu nanti bila ambil wuduk lepas ke tak, kan?
Teringin jugak sekali sekala rambut tu jadi warna merak ke, warna hijau neon ala ala joker ke, dan trend sekarang ni rambut kekasih Joker tu. Nice habis!
Tapi itulah dia, dilema.
Sebabkan sis dilema tak sudah sudah, kawan blogger sis, Kite Punye pun cakap ada je pewarna rambut telus air yang boleh guna tanpa ragu-ragu dari brand Garnier.
Idea untuk hasilkan pewarna rambut ni adalah daripada pengesanan bahawa carian pewarna rambut telus air memang antara yang trending dekat internet. So, why not sediakan produk yang memang orang/pengguna cari kan?
Dengan harga cuma serendah RM8.90, pewarna rambut ni bebas ammonia. Jadi hasilnya tekstur rambut akan jadi lebih baik sebab rambut akan dirawat dan diberikan warna yang menarik. Bau pun tak adalah menyakitkan hidung masa digunakan.
Penggunaan bahan-bahan semulajadi menjadikan pewarna rambut ni patut jadi pilihan untuk korang yang nak warnakan rambut dalam masa sama tak nak rambut tu rosak. Antaranya minyak zaitun, avokado dan juga badam.
Menarik kan? Okey, sis nak belilah. Hujung minggu ni boleh buka salon dekat rumah.
Artikel asal: Kite Punye