Spaghetti Paling Mudah Nak Masak, Guna 3 Minit Je
Korang ingat tak hari tu sis ada share pasal pasta segera yang boleh jadi penyelamat kalau korang craving tengah malam dan muak nak makan maggi?
Haa, hari ni sis nak share satu lagi menu yang boleh korang masukkan dalam list makanan bila lapar tengah malam iaitu spaghetti. Kalau pasta hari tu gunakan masa 5 minit kan? Untuk spaghetti ni korang hanya perlukan 3 minit je.
Memang master betul daripada Master Vasto.
Tak ada MSG, tak ada bahan pengawet dan tak perlu simpan dalam peti sejuk jadikan menu ni boleh jugak korang bawa kalau nak jimat masa travel nanti. Senang kerja.
Rendam je dalam air panas dan sedia untuk dimakan!
Ada 3 jenis spaghetti iaitu spaghetti aglio olio, spaghetti Bolognese dan spaghetti mushroom yang disediakan siap dalam bekas. Korang kalau nak travel tak payah susah-susah fikir mana nak dapat pinggan ke apa.
3 cara masak dengan hanya gunakan 3 minit je.
1. Rendam dalam bekas air panas.
2. Rebus dalam periuk, atau
3. Masak dalam microwave
Mana nak beli?
Boleh je cari dekat pasaraya terpilih macam KK Mart, Hero Market, Jaya Grocer (Penang), Billion Group, KSUtama, Urban Retail dan Jazco Speedmart. Atau nak senang terus je dekat webstore dorang di https://www.masterpasto.com/.
Artikel asal: Seri Wangi