Mask Hyaluronic Acid Yang Fokus Pada Rawatan Kulit
Sana sini orang bercakap pasal kandungan hyaluronic acid dalam skincare. Sebab apa hyaluronic acid ni digilai?
Haa, buat yang tak tahu lagi hyaluronic acid ni memang banyak kebaikannya. Antaranya jadikan kulit lebih anjal, sihat, cepatkan luka untuk sembuh, melembapkan kulit, anti oksidan dan jadikan kulit lamberrt lagi nampak tanpa-tanpa penuaan.
Biasa orang akan jumpa hyaluronic acid ni dalam serum, moisturizer macam tu. Tapi kali ni sis nak share yang hyaluronic acid ni ada juga datang dalam bentuk face mask.
Macam yang Tall Pisces Girl gunakan dari Dr. Jou 6 Essense Hyaluronic Acid Mask, salah satu brand beauty mask yang di approve keberkesanannya dan bukan macam tipikal face mask/face sheet yang biasa.
Gunakan bahan semulajadi yang diambil dari warisan Asia, antara bahan yang korang boleh jumpa dekat bahagian kandungan ialah sarang burung, tremella dan roselle. Dari Asia untuk Asia yang sesuai dengan keperluan tambahan kulit orang Asia.
Ada 6 jenis essences yang boleh korang dapati dalam range produk ni yang boleh korang pilih ikut keperluan dan kesesuaian keperluan kulit.
- Sodium Hyaluronate (Macromolecular)
- Hyaluronate Sodium Hyaluronate (Medium-sized molecules)
- Hydrolyzed Hyaluronic Acid (Micromolecular)
- Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate
- C12-13 Alkyl Glyceryl Hydrolyzed Hyaluronate
- Sodium Acetylated Hyaluronate
Cara pakai dia sama je macam pakai beauty mask lain. Apply pada muka, lebihan essences tu boleh apply pada kawasan leher lepas dah 10-15 minit pakai mask dekat muka. Tak payah rinse dengan air.
Jangan pakai lebih daripada 25 minit sebab nanti kulit akan jadi kering disebabkan mask yang sepatutnya melembapkan dah jadi macam span yang resap semula kelembapan kulit kita.
Nak result terbaik? Pakai setiap hari.
Maklumat lanjut pasal mask ni boleh tengok dekat sosial media: https://www.facebook.com/DrMoritaMY atau https://www.instagram.com/dr.moritamy
Artikel asal: Tall Pisces Girl