Tips Berkesan Untuk Atasi Masalah Ketiak Masam
Bau badan bukan benda yang boleh kita abaikan dalam kehidupan seharian. Kalau bukan untuk diri sendiri, tetap kena jaga supaya bau yang terhasil tak sebabkan orang lain terseksa.
Ramai yang ingat bau badan ni puncanya sebab peluh. Kalau korang nak tahu, peluh tak berbau. Tapi dalam beberapa keadaan ia jadi berbau disebabkan oleh bakteria yang uraikan peluh jadi asid lemak yang kemudiannya keluarkan bau yang tak best tadi. Tak lupa juga makanan macam rempah, bawang putih, alkohol dan juga ubatan.
Jadi Huda nak share sikit pasal tips yang boleh korang buat untuk atasi masalah ketiak masam ni.
1. Masa mandi, pastikan bahagian tubuh yang tersembunyi ni disental dengan betul. Sebaiknya pilih mandian yang anti-bakteria supaya bakteria yang jadi punca terhasilnya bau badan ni akan disingkirkan.
2. Lepas mandi, lapkan badan dengan betul. Dan ini termasuklah rambut yang sepatutnya dikeringkan.
3. Sembur minyak wangi pada titik nadi contohnya macam belakang telinga, belakang leher, belakang lutut, pergelangan kaki dan tangan dan paha bahagian dalam.
4. Yang terakhir ialah guna deodarant yang betul. Tak semua deodarant sesuai dengan badan kita. Ada deodarant yang orang lain pakai elok je, tapi bila sendiri pakai dia jadi punca bau badan jadi lebih kuat.
Untuk korang yang hadapi masalah ni, Huda nak rekemen pakai deodarant TYAX yang dihasilkan daripada bahan semula jadi untuk cegah bau badan, elak kesan kuning pada baju, anti-gelap yang tahan sampai 4 bulan lamanya.
Deodarant ni wangi sebab adanya minyak pudina, minyak lavendar, minyak tea tree, minyak castor dan garam semula jadi yang juga akan halang jerawat daripada tumbuh dekat kawasan ketiak.
Paling best dia money back guarantee tau. Tak berkesan boleh return semula.
Amalkan 4 tips ni, lepas ni dah tak ada dah masalah ketiak berbau. Barulah konfiden.
Artikel asal: Cerita Huda