Kasut Sukan Yang Ringan Untuk Speed Lebih Laju
Hai korang, lama sangat duduk rumah berat makin bertambah kan? Tapi lepas sektor sosial dan ekonomi dah mula dibuka secara perlahan-lahan, rasa macam okey kena mulakan gaia hidup sihat kembali.
Nak jogging, tapi kasut dah macam tak selesa? Haa, jom Betty nak share sikit kasut sukan yang ringan dan buatkan kaki tak rasa beban pun untuk korang bawa.
Iaitu daripada ASICS yang baru launch koleksi kasut sukan yang sesuai untuk korang yang nak bersukan, tak kisahlah berlari ke, jogging ke atau sukan lain macam tenis dan sebagainya.
Bawah 3 kategori: Performance Running, Core Performance Sport dan Sport Style, ada 46 pasang kasut yang korang boleh pilih bersesuaian dengan aktiviti korang terutamanya kalau yang nak berlari dan berjogging tu.
Dengan tawaran kestabilan dan tapak yang sangat selesa, korang akan dapat rasa berbezanya performance korang nanti. Sebab tak perlu keluarkan energy yang banyak untuk ‘bawa kasut’ tu.
Jadi kalau korang berminat nak dapatkan koleksi kasut sukan daripada ASICS ni, bolehlah ke website http://asics.com/ . Mana tahu belek-belek terberkenan satu ke kan? Boleh juga semangat nak exercise lepas dah lama terperap dekat rumah.
Artikel asal: Betty’s Journey