Inisiatif Trade In Telekung Terpakai Untuk Bantuan Mangsa Banjir
Untuk bantuan mangsa banjir, biasanya orang akan bagi barang-barang keperluan contohnya macam makanan, selimut, bantal dan pakaian. Tapi korang tahu tak, telekung pun adalah salah satu yang perlu kita take note sebagai salah satu keperluan juga tau.
Awal tahun ni, Siti Khadijah, jenama telekung tempatan tampil dengan kerjasama IKHLASDOTCOM ada jalankan kempen trade in telekung terpakai untuk mangsa banjir.
Sebelum diserahkan telekung kepada pihak yang terkesan, telekung akan dibersihkan dahulu. Macam untuk kempen Januari, 200 keluarga guru dan anak murid yang terkesan dek banjir di PPD Kemaman, Terengganu terima inisiatif ini. Dan lebihan yang ada dihantar pula ke kawasan Dungun.
Kalau korang pun nak join program infak telekung ni, bolehlah contact PIC Siti Khadijah di talian 019-3650232.
Telekung Siti Khadijah memang berbeza daripada telekung lain sebab hanya fabrik dari kualiti terbaik akan dipilih untuk dijadikan telekung. Renda yang disulam indah pun diperincikan tau.
Nak tahu lebih lanjut pasal Siti Khadijah bolehlah ke website dorang di https://sitikhadijah.com/.
Artikel asal: Kite Punye