Review Skinkare Premium Saffron Set
Kalau hari tu Yuyu review pasal BelleWave Skincare, hari ni Yuyu nak review lagi 1 skincare set yang best & premium pernah Yuyu try.
Iaitu Skinkare Premium Saffron Set. Ye, Yuyu tak typo tau. Memang ejaan dia gitu.
Produk ni memang Yuyu rasa berkenan sangat, dahlah produk Malaysia. Bila guna tu terbukti selamat dan Yuyu puas hatilah.
Korang tahu kan saffron tu memang berkhasiat dan dipanggil sebagai salah satu bunga ajaib. Dengan fungsinya yang terbaik, Skinkare Premium Saffron antaranya kembali samakan tona warna kulit, buat kulit lebih glowing, mencerahkan dan melembapkan kulit.
Dalam set ni, Yuyu dapat:
1. Saffron Cleanser with Toner
Korang bukan je dapat cleanser, tapi sekali dengan toner sekali. Jimat masa, jimat wang tak payah tepek/beli toner dah. Sebab tu jugak tekstur cleanser dia macam cair sikit kalau korang bandingkan dengan tekstur cleanser biasa. Yang suka cleanser ada buih tu, jangan risau buih dekat cleanser ni memang korang puas hati.
2. Special Treatment Serum
Serum penting tau dalam routin skincare kita. Serum set skinkare ni memang sangat ringan dan cepat je absorb dalam kulit. Rasa sejuk je bila pakai.
3. Skin Repair Moisturizer
Antara 3 yang ada ni, Yuyu paling suka moisturizer dia sebab kalau makeup, moist dia tahan lama tau. Nampak kulit korang moist jee. Makeup pun nampak natural dan tak berminyak.
Antara hasil yang Yuyu nampak, jerawat,jeragat, parut makin kurang, liang pori makin kecil, sebum aka minyak pun semakin tak banyak keluar.
Kalau korang tergoda dan nak try, bolehlah contact dorang. Yuyu letak terus supaya senang korang nanti. Masa Yuyu try ni ada promo, dalam RM120 dapat one set.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Yuyu Zulaikha