RM19 Je Untuk Servis Gunting Rambut Dekat Sini
Lepas dah sektor ekonomi mula dibuka ni, benda paling nak sis tuju ialah salon rambut. Sebab rambut dah tak terurus sis rasa. Lepas tu rasa nak lain sikit lah. Buat kaler rambut untuk tukar sikit mood.
Kalau kaler rambut tu sis dah tahu port dekat mana. Korang nak tahu kena check it out dekat artikel Comel okey. Untuk gunting rambut tu, sis macam tengah cari lagi mana yang berbaloi.
Hari tu ada nampak Weekend Treat pergi sana tau. Rasanya macam dekat BTS. Bukan BTS ARMY tau, ni BTS stand untuk Berjaya Times Square.
Golden Scissors Lane. Dengar nama pun macam konfiden sikit kan. Guna gunting emas ke tu? Haa, macam tu.
Servis yang Weekend Treat ambil ialah Haircut + Wash + Blow by Senior & Professional Stylist. Dengan promo yang available, semua tu Weekend Treat kena bayar RM19 je instead of RM55.
Sebab tu korang kena rajin check promo dorang.
Servis memang puas hati. Masa cuci tu adalah sikit massage dekat kepala & leher. Dan masa dia tak lama pun, kurang dari 1 jam. Korang kalau tak suka orang belek rambut lama-lama, haa boleh consider datang sini.
Nak tahu lanjut, boleh contact: 03-21432627 , Catherine Khoo (012 2129656)
Artikel asal: Weekend Treat