Gelenggang Penawar Terbaik Gatal-Gatal Kulit
Korang ingat tak kalau masa kecil-kecil dulu, bila mengadu dekat nenek je ada kulit gatal-gatal, mesti nenek akan sapu satu jenis daun yang dah diramas kasar dekat kawasan yang gatal tu. Mungkin waktu kecil tak tahu tu daun apa, tapi kesan dia memang mujarab. Kejap je hilang rasa gatal tu kan.
Okey kalau korang nak tahu itu nama dia daun gelenggang. Daun gelenggang ni memang femes sebagai rawatan hilangkan gatal-gatal dekat badan.
Tapi sekarang ni memang susahlah nak cari kan? Jom Seri Wangi tunjuk solusi terbaik daripada daun gelenggang yang korang boleh dapat dengan senang sekarang ni, iaitu produk daripada Glow Gelenggang.
Dia datang dengan sabun mandi dan minyak herba tau. Macam Seri Wangi, suka suruh anak bujang Seri Wangi guna sebab biasalah anak bujang kan. Lepas dah guna sabun Glow Gelenggang ni, Seri Wangi sapukan minyak herba ni.
Memang elok. Cucu Seri Wangi yang pernah kena kurap susu pun Seri Wangi letakkan minyak herba tu. Beberapa kali sapu, hilanglah kurapnya.
Gelenggang ni bukan je boleh rawat masalah kurap, tapi juga boleh hilangkan sakit kulit yang lain, macam gatal-gatal, kena gigit serangga, bisul, kudis buta, panas dan sebagainya. Kalau korang ada daun dia, bolehlah blend buat minum untuk hilangkan sembelit.
Bestnya dalam Glow Gelenggang ni ada bahan-bahan lain macam habbatus sauda, susu kambing, minyak argan dan crysta menthol. Bahan paling utama mestilah gelenggang kan?
Sebabkan kandungan bahan nilah bila pakai je korang tak rasa busuk tapi rasa wangi dan yang penting bebas daripada bahan-bahan bahaya bukan je untuk orang dewasa tapi kanak-kanak jugak. Sebab 100% organik!
Kalau korang nak try, bolehlah try riki-riki dekat website http://glowgelenggang.com/ atau pun ke FB https://www.facebook.com/glowgelenggang/.
Artikel asal: Keunggulan Wanita