Pin Enamel Lebih Unik Kalau Customize
Korang pernah dengar tak pasal pin enamel? Sekarang ni tengah trend tau, terutamanya dalam kalangan milenia tau, terutamanya yang customize.
Dengan warna-warna yang menarik, design yang pelbagai buatkan pin ni lebih unik sebab jaranglah korang boleh jumpa yang sama dengan orang lain.
Yang menariknya kalau korang nak hadiahkan dekat orang, atau pun nak buat macam gift ke apa sangat sesuai sebab boleh customize ikut tema majlis. Nak create awareness pun mudah. Menarik kan?
Sebab dengan boleh di customize, korang boleh tunjukkan kreativiti masing-masing atau pun tunjukkan personaliti menerusi design-design yang dihasilkan.
Sebabkan versatile la, selebriti popular pun suka gunakan pin enamel ni. lagipun saiz dia kecik comel je. So tak ada masalah untuk korang pakai dan ganggu OOTD hari tu.
Tapi kena ingat ada pin yang jenis keras dan ada jugak yang jenis lembut. Untuk guna dalam tempoh yang panjang, korang better pilih yang keras sikit sebab kalau lembut memang senang sangat kemek atau rosak.
Walaupun dekat pasaran, design yang lembut lebih banyak dan lebih menarik. Cuma itulah masalahnya.
Dan Kelly predict populariti pin ni akan kembali balik macam dulu-dulu. Siapa yang pernah lalui zaman pakai beg penuh dengan koleksi pin-pin ni?
Memang geng sis la. Hiks!
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: Alibaba/Pinlord