Tips Mudah Jaga Hair Extension
Hai korang!
Sebelum ni sis kan ada share kenapa hair extension ni penting untuk wanita selain daripada ke-best-an hair extension jenis hand-tied, kan?
Kali ni sis nak share pulak tips untuk korang jaga hair extension tu. Okey, kalau korang rasa hair extension tu tak perlu dijaga, korang memang salah. Sebab hair extension ni tetap kena jaga macam kita jaga rambut kita sendiri.
Mungkin tak lah sekerap jaga rambut kitam, tapi perlulah.
Jenis tape
Untuk jenis tape, ada yang daripada semi-permanent. Ini bermakna korang tak perlu pun ‘keluarkan’ dia selalu. Tapi kena jaga supaya bentuknya kekal bila korang pakai antara 4-6 minggu
Cuci rambut 1-2 kali seminggu bersama dengan extension tu sekali, kena gunakan produk yang bebas sulfate dan gunakan syampu & conditioner yang lembut supaya gam dia tak hilang. Berus extension pun kena gunakan berus yang sesuai untuk elakkan korang punya rambut dikacau.
Kalau rasa macam cepat je extension korang tu tercabut, bolehlah pergi salon khas untuk treatment ni.
Jenis clip-in
Untuk jenis cli in, korang kena cabut sekejap dan biarkan rambut rest sebelum gunakan ia semula. Paling baik jangan guna lebih dari 12 jam dan elakkan tidur dengan hair extension walaupun korang memang suka gila dengan dia.
Tak payah basuh setiap kali guna. Korang cuma kena pastikan yang bersihkan dari habuk dan hanya cuc lepas 10-15 kali penggunaan. Cuci pun kena guna tangan dan gunakan syampu bebas sulfate tau.
Jenis sew-in
Jenis sew-in ni antara yang paling ramai orang guna sebab senang nak jaga. Boleh pakai samapi 4-6 bulan cumanya adalah kesan sikit dekat rambut korang.
Senang nak jaga pun kena jaga, sebab kalau tidak memang akan rosakkan rambut korang jadi lebih teruk. Sebab tu kalau nak guna jenis ni, gunakan servis daripada pakar, dan maintanence pun daripada pakar supaya tak rosakkan rambut.
Dalam masa sama, tetap kena jaga sendiri. Syampu, conditioner dan jangan lupakan minyak rambut untuk kekalkan kesihatan rambut tau.
Artikel asal: Tall Pisces Girl
Kredit gambar utama: Laced Hair Extensions