3 Produk Etude House Yang Comel Dapatkan Dari Korea, Kalau Dekat MY Boleh Cecah RM100
Korang percaya tak sebenarnya ada benda yang lagi murah boleh kita beli dekat luar negara kalau nak dibandingkan dengan dekat Malaysia? Tak banyak, tapi adalah.
Okey, kali ni Comel nak share 3 benda yang Comel beli dari Korea dengan harga RM30+ je korang! Kalau dekat MY 3 benda ni boleh terjual sampai RM100 tau. Tak ke banyak bezanya tu?
- Dear Darling Tint – USD5
Ni macam lip tint, tapi beza apa yang best sangat sampai Comel suka sebab nampak natural je warna dia. Bibir maintain merah dan tahan lama. Botol dia tak adalah besar pun, jadi senang nak selit dalam handbag. Kalau convert duit MYR masa tu dalam RM15++ je.
- Colour My Brow (Rich Brown) – USD5
Untuk ni, Comel suka sebab Comel kan suka tukar warna rambut. Jadi macam pelengkap look la kiranya. Dia ada 3 warna, dan finishing dia memang cantik. Pun saiznya kecil dan muat je sumbat dalam handbag tu. Harga dalam RM15++ duit MYR.
- Drawing Eye Brow – USD2
Yang ni memang best untuk yang tak tahu nak lukis kening. Sebab bentuk mata pisau dia buatkan kening senang je nak lukis. Ada 6 kod warna yang boleh korang pilih iaitu Blackish Brown, Grayish Brown, Brown, Dark Grey, Gray, Black. Ini lagi murah masa tu. Kalau convert ke MYR masa tu dalam RM6++ je korang.
Memang gila kentang kan harga dia? Banyak Comel boleh jimat tau.
Artikel asal: Comel Comot
Kredit gambar utama: Pamper.my