Laneige Water Bank Ajaib Gila Untuk Masalah Kulit Kering Korang!
Dalam banyak-banyak brand produk yang ada dalam pasaran, mesti korang pernah dengar pasal Laneige kan?
Okey, kali ni Yuyu nak share pasal rangkaian Laneige Water Bank yang kuasa hydrate dia memang bukan biasa-biasa korang. Kalau yang ada kulit jenis kering tu, memang gerenti puas hati dengan kesan yang korang dapat.
Okey, sebenarnya kan kulit kita ni senang je nak jaga kalau korang tahu apa masalah kulit korang. Macam Yuyu, masa Yuyu pregnant, kulit memang kering.
Dan Yuyu tertarik dengan kandungan hydro-ion mineral water yang ada dalam produk Laneige ni. Bawah rangkaian ni, antaranya ada Brightening Sparkling Water, Essence, Moisture Cream dan Capsule Mist.
Paling ajaib bila cleanser dia tu jenis foam yang laju je cuci kotoran yang ada. Oh tak lupa juga spray dia. Lepas je spray, korang akan nampak muka tampil lebih glowing on the spot. Cuba bayangkan kalau guna hari-hari.
Dah tak ada dah masalah kulit kering ke apa gais. Kulit mati ke, jerawat ke pun tak berani nak singgah.
Dan sebagai wanita, Yuyu memang tak lepaskan peluang lah try dorang punya lip tint iaitu Water Drop Tint yang memang buatkan bibir rasa lembap je. Efek kilat untuk nampak lebih segar tak dilupakan.
Jadi apa lagi, korang pun kenalah rasa keajaiban yang sama Yuyu rasa. Selamat membeli!
Artikel asal: Yuyu Zulaikha