Koleksi Emas Antik Chantique Buat Korang Terpaku
Kalau hari tu sis ada share pasal tips beli emas dari online, hari ni sis nak share pasal koleksi emas dari Chantique yang bagi sis sangat memukau lah design dia ni. Sekali pandang, teringat design yang ada nenek kita pakai.
Kedai emas Chantique ni sebenarnya di bawah Habib Group dan ditubuhkan lepas beliau dah terima banyak permintaan daripada peminat barang kemas lama dan antik.
Lokasi kat Ampang Point je uols. Boleh lah nanti weekend pergi riki riki kalau harga emas tengah jatuh murah. Dah boleh rentas negeri kan?
Kalau korang nak tahu, koleksi yang dijual dekat Chantique ni ada juga koleksi yang dipakai kerabat diraja dan individu terkenal. Bolehlah feeling feeling sikit kan?
Harga yang ditawarkan pun agak murah, jauh lebih rendah daripada harga pasaran tapi kualiti barangan tetaplah dijaga. Paling penting kalau korang suka barang one of a kind, sini adalah tempat paling sesuai sebab koleksi barang kemas yang ditawarkan memang antik.
Korang boleh tengok dulu dekat page Chantique. Kalau berkenan nanti boleh terus grab!
Artikel asal: Rawlins Glam