Lima Anak Seni kelahiran Malaysia cipta nama di Hollywood
Hai uolls korang tahu tak yang bahawasanya Malaysia ada anak seni yang mekar menempa nama di persada Hollywood? Haa mesti korang ada tahu sebahagian dua orang je kan tapi sebenarnya sejak zaman P. Ramlee ada anak seni tidak kisah lah pelakon ke penyanyi, sutradara yang berjaya melangkah jurang industri seni di Hollywood.
Haa jangan terkejut yer ada juga antara mereka yang tidak kita sangka, betul ke pernah ke Hollywood. Apa-apa pun Santai Sini nak kongsi dengan korang senarai lima anak seni yang berjaya menempa nama di persada seni Hollywood.
1. Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng
Kredit: todayonline.com
Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng dilahirkan pada 6 Ogos 1962 ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997.
Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’. Beliau juga pernah berlakon dalam filem James Bond,’Tomorrow Never Dies’ (1997). Sejak itu namanya mekar sebagai pelakon wanita paling berjaya di Hollywood malah pernah mendapat nominasi Oscar dan disenaraikan sebagai antara pelakon wanita Hollywood tercantik. Manakan tidak di Malaysia Michelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.
2. Yuna
Yunalis binti Mat Zara’ai dilahirkan pada 14 November 1986 atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia. Dia dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, dia mula menulis lagu dan memetik gitar pada usia 14 tahun dan menjelang 2006, semasa menghadiri sekolah undang-undang, yang dipersembahkan untuk penonton untuk kali pertama. Yuna menawarkan muziknya di laman Myspace, yang menjaringkan lebih satu juta putaran. Kejayaan dalam talian disebut-sebut di luar syarikat label/pengurusan Indie-Pop, dan pada awal 2011 Yuna telah menandatangani dengan syarikat rakaman itu. Disertai oleh pemain gitar Pa’an, pemain bass Efry Arwis, dan pemain dram Adib Azfar (dan kemudian, Adil Ali), Yuna menerbitkan EP yang menggunakan namanya sebagai judul album pada tahun 2008, melayakkannya mendapat lima pencalonan Anugerah Industri Muzik (bersamaan dengan Anugerah Grammy). Yuna membawa pulang empat trofi termasuk Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik (“Dan Sebenarnya”). Album pertamanya, Decorate diikuti dua tahun kemudian (dan telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada musim bunga 2011).
Decorate memuatkan lagu hits “Rocket,” yang memenangi majalah Billboard, stesen radio indie rock KEXP dan maestro hip-hop Russell Simmons, serta dakwat dalam SPIN Eight Bands You Need to Hear Now. Pada akhir persembahan, Yuna telah dicalonkan sebagai salah satu Best New Bands in the World di MTV Iggy pada tahun 2011. Yuna muncul dengan single, “Live Your Life” hasil nukilan Pharrell Williams sebagai mukadimah untuk album penuh yang menggunakan namanya sebagai judul album, yang tiba pada April. Musim Panas 2012 memperlihatkan Yuna berkongsi pentas Lollapalooza dengan artis seperti Florence+the Machine, Jack White, dan Childish Gambino. Pada Oktober 2013, Yuna kembali dengan album Nocturnal serta menampilkan single “Falling”. Pada Februari 2016, Yuna melancarkan album ketiganya dengan pelancaran single “Places to Go” yang diterbitkan oleh legenda hip-hop DJ Premier. Album terbarunya, Chapters dilancarkan pada Mei 2016.
Pada Disember 2016, Yuna melakar sejarah apabila album Chapters berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 di dalam artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyoncé Knowles, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut.
3. Henry Golding
Henry Ewan Golding dilahirkan pada 5 Februari 1987 adalah seorang pelakon, model dan anak kelahiran Malaysia-Inggeris yang menjadi penyampai di The Travel Show dari BBC sejak tahun 2014. Dia terkenal dengan karya filemnya, memainkan peranan Nick Young dalam Crazy Rich Asians, serta Sean Townsend dalam thriller A Simple Favor dan Tom dalam komedi Last Christmas, the latter two diarahkan oleh Paul Feig.
Golding berketurunan Iban dan Inggeris. Beliau tinggal di Terengganu sehingga umur 7 tahun ketika keluarganya berpindah ke England. Beliau bermaustatin di Malaysia dan Singapura.Golding merupakan pendandan rambut yang terlatih.
4. Ibrahim Pendek
Ibrahim Pendek atau nama sebenar Ibrahim bin Hassan(1932–2003) ialah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau ialah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.
5. James Wan
James Wan dilahirkan pada 26 Februari 1977 adalah perbit, penulis skrip, dan pengarah filem berbangsa cina Malaysia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, Malaysia. Dia telah dibesarkan di Australia dan dikenali kerana telah mengarah franchise filem seram seperti Saw dan mencipta patung boneka Billy. James juga merupakan pengarah filem Dead Silence, Death Sentence dan Insidious dan paling popular The Conjuring.
So korang macam mana? Mesti ada yang tak sangka kan yang nombor 4 tu pernah sampai ke Hollywood apa-apa pun kita tumpang berbangga dengan kejayaan anak jati Malaysia kita di Hollywood dan semoga kejayaan ini juga dapat dijadikan inspirasi untuk terus memajukan industri seni negara.