Mulakan Pagi Hari Korang Dengan Bau Bunga Fresh
Hai uols, macam mana hari ni? Mood okey ke tu?
Sis nak tanya sikitlah, macam mana korang setting mood korang untuk sentiasa bertenaga sepanjang hari? Macam sis la kan, sis kena mula dari pagi. Kalau pagi sis spoil, memang satu hari tu sis boleh jadi naga.
Okey, hari ni sis nak share satu tips yang boleh korang guna untuk mulakan pagi korang dengan ceria. Iaitu berwangi-wangian di pagi hari.
Kalau hari tu Rawlin ada share pasal inspirasi make-up look gunakan set ALTHEA, kali ni pun Rawlin nak share produk dari brand yang sama, iaitu Body Sparkling Mist hasil kolaborasi dengan Titi Kamal, selebriti popular Indonesia.
Eksklusif untuk pengguna produk dorang, Mist dari ALTHEA ni memang sangat wangi, sebab itulah nama koleksi ni pun dipanggil sebagai Althea Exclusives.
Apa yang ada dalam mist ni? Kalau korang nak tahu ada 3 kandungan yang sangat penting, iaitu:
1. Damask Rose Water yang kekalkan kelembapan kulit dan bau yang lembut
2. Sweet Orange Oil untuk segarkan deria-deria kita
3. Ekstrak elder flower untuk sejukkan kulit dalam masa sama bau dia feminim je.
Rawlin suka sangat sebab bau buahan segar dia memang sangat segar, terutamanya lepas mandi. Bau wangi dan rasa tenang tu sampai buat mood kita sangat okey.
Korang kalau nak try produk ALTHEA, bolehlah ke website dorang di https://my.althea.kr/ sekarang!
Artikel asal: By Rawlins
Kredit gambar utama: Freepik