Tune Hotel, Lokasi Penginapan Strategik Kalau Ke Penang
Sebut je Penang, memang terlampau panjang to-do list sebab banyak gila tempat menarik yang korang boleh lawat, termasuklah tempat makan dan tempat untuk mencuci mata.
Kalau hari tu sis Fella ada share pasal trip 2 hari 1 malam dia dekat Penang, kali ni sis nak share yang Ashley pernah menginap dekat satu hotel yang lokasi dia sangat strategic untuk korang menginap. Sebab sangat dekat dengan tempat menarik di Penang, iaitu
Tune Hotel Downtown Penang
Kalau korang cari hotel bajet yang tak koyak poket, dekat dengan tempat makan dan tempat beli belah, ini memang pilihan terbaik sebab Tune Hotel terletak dekat jalan tersibuk dekat badar Burmah Road bersebelahan New World Park.
Senang nak buat aktiviti dan rancang apa yang best boleh buat kalau nak jalan-jalan.
Dan Ashley jugak paling setuju kalau ada yang kata Tune Hotel adalah antara hotel yang tawarkan harga terbaik kalau korang lihat strategiknya lokasi dia.
Biasa hotel check in dalam 2pm kan? Tapi dekat sini korang boleh request untuk check in atau check out lewat sikit dengan sikit caj tambahan.
Lokasi berdekatan:
- 20 minit jalan kaki ke KOMTAR dan 1st Avenue Mall
- 10 minit jalan kaki ke Macalister Road untuk pasar malam
- Mudah dapatkan Rapid Penang untuk ke Batu Feringghi, Tanjung Tokong, Gurney Plaza atau Gurney Drive
- 20 minit ke gerai cendol tersedap dekat Penang
Untuk senangkan korang, Ashley letak siap-siap alamat & contact number untuk korang hubungi.
Tune Hotel Downtown Penang
Section 15, 100 Burmah Road,
10050 George Town, Penang
Malaysia
Tel: 04-2275 807
Artikel asal: Ashley Yeen