Al-Ikhsan Rajin Buat Sale, Huda Sempat Grab Skechers Murah!
Sebelum ni sis pernah share port/lubuk kasut murah & best yang pernah geng-geng blogger sis pergi, kan?
Kali ni sis tetap nak share mana korang boleh beli kasut berjenama tapi dengan harga murah. Yang penting ori & dari trusted seller tau.
Macam Huda baru ni, nak gantikan duit upah untuk cik abang sebab bantu Huda buat design temppahan company profile sebab hari tu cik abang mengadu yang kasut dia dah tak sedap nak pakai.
Jadi Huda survey la kasut apa yang best dan Skechers adalah salah satu brand yang Huda consider untuk beli. Semua pun tahu kan harga kasut Skechers macam mana, kan? Sesuailah dengan kualiti dia.
Tapi Huda dapat tahu yang Al-Ikhsan ada buat sale sampai 70% dekat online website dorang, lebih murah daripada yang ada dekat tempat lain. Terus suruh cik abang pilih dan Huda bayar. Bayar pulak guna ShopeePay dapat RM3 cashback. Rezeki!
Sebelum ni cik abang Huda selalu dengar je Huda puji kesedapan pakai Skechers, tapi kali ni dia rasa sendiri dan memang dia pun suka sangat.
Korang kalau tengah survey-survey nak beli kasut bolehlah sentiasa tengok Al-Ikhsan sebab dorang ni rajin jugak buat sale. Lagi pulak sekarang ni bulan kemerdekaan. Confirm ada punyalah.
Boleh tengok dekat sini: https://www.al-ikhsan.com/
Artikel asal: Cerita Huda