Tips Untuk Kulit Selembut Bayi & Awet Muda
Sis nak tanyalah, korang kalau pilih sabun mandi, apa yang korang consider? Harga, bau atau pun fungsi dia?
Kalau macam sis, dia ikut mood. Kadang kalau rasa macam nak jimat, pilih yang murah sikit. Bau bau tu tolak tepi.
Tapi yang penting dari dulu sis suka bethol kalau sabun tu dari susu. Aduhai, memang rasa tak nak keluar dari bilik air. Sebab susu dalam sabun mandi bukan je buatkan badan jadi wangi, tapi jugak kulit selembut & sehalus macam kulit baby!
Hari ni sis nak share sikit sharing Yuyu pasal satu brand yang memang terkenal dekat Malaysia iaitu Dove.
Kalau korang nak tahu, Dove ada keluarkan rangkaian produk body wash yang melembutkan kulit lebih baik dari susu. Eh yeke? Seriuslah?
Daripada susu tadi, Dove dapat inspirasi nak hasilkan satu produk yang terbaik untuk kulit pengguna iaitu NutriumMoisture yang menjaga lipid dan protein kulit. Jadi bak kata Yuyu, tak adalah kulit kering kedut-kedut di usia muda.
Dan kelembapannya teruji tau. Boleh beza kalau korang cuci guna susu, guna air je atau pun gunakan Dove ni.
Takkan lah kulit muka je nak jaga, tapi kulit badan dibiarkan sepi sebab orang tak nampak. No no no. Tetap kena jaga kalau korang nak sihat & kekal awet muda.
Kalau korang konsisten guna, dalam masa beberapa hari dah boleh rasa perbezaan dekat kulit. Dah tak perlu sangat lepas je mandi kena sapu losyen. Tapi kalau korang still nak pakai, pakai sikit je sebab formula Dove tadi dah banyak membantu.
Tapi ingat, maksimum korang mandi 15 minit je. Kalau lebih lama, ada kemungkinan protein dan lipid semula jadi kulit akan rosak tau.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha
Kredit gambar utama: Instyle Yahoo