Kérastase Bantu Rawat Masalah Rambut Jarang & Gugur
Stress fikir banyak benda, sedar-sedar kepala dah makin botak. Selak je sikit rambut, terus nampak kulit kepala.
Mungkin antara sebabnya salah pilih produk rambut. Tapi ada satu produk yang dah ramai yang guna, bagi feedback positif. Termasuklah Ashley.
Ya, Ashley pun tak terkecuali alami masalah rambut gugur. Dan Ashley adalah try satu produk dari L’Oreal iaitu Kérastase.
Dah 2 minggu Ashley pakai, Ashley rasa rambut Ashley rasa lebih ‘gebu’ lepas je Ashley keringkan dengan pengering rambut. Ingat, jangan halakan terus pengering rambut dekat kulit kepala tau!
Ada orang, beberapa kali penggunaan dah boleh nampak perubahan sebab setiap orang kesan dia berbeza.
Ashley perlu akui, rambut Ashley agak ‘degil’ sikit sebab jenis lebat & gunakan 2 jenis syampu. 1 syampu untuk bahagian atas kulit kepala, Kérastase dekat bahagian bawah. Tapi masa pakai tu adalah sikit rasa macam kena gigit semut sikit sikit.
Ini 3 produk yang Ashley gunakan untuk 2 minggu ni.
1. Bain Densite – fungsi dia untuk tumpatkan balik serat-serat rambut yang hilang & membantu menghidupkan mentol yang tak aktif selain daripada bekalkan zat dengan toning. Jadi rambut akan lebih tahan, lebat dan lebih lentur.
2. Masque Dansite – bantu segerakan transformasi rambut dengan buatkan rambut lebih licin & ringan yang kurang padat dari akar rambut sampai ke hung rambut.
3. Densifique – produk ni orang kata macam highlight la dalam rangkaian Kérastase ni, sebab tu dia dipanggil pengaktif. Dengan kandungan 5% stemoxydine, vitamin B3, B5, B6 & polimer, rambut akan dibantu jadi lebih lebat dengan pertumbuhan yang normal.
Tapi korang kena ingat, untuk kesan pada serat rambut mungkin boleh nampak lepas beberapa kali penggunaan. Cumanya untuk dapatkan kesan penuh yang lebih baik pada folikel rambut, dia akan ambil masa dalam 3 bulan.
Artikel asal: Ashley Yeen