Lengkapkan Gaya Wanita Urban Dengan Koleksi Beg Tangan Victoria Sloane
Yang minat fesyen keluaran local mesti kenal kan dengan Rita anak Dato’ Sosilawati?
Selalu keluarkan produk-produk setanding kualiti jenama antarabangsa, kini dia hadir dengan beg tangan yang diberikan nama Victoria Sloane. Kelas kan?
Kalau nak tahu nama ni diambil daripada 2 tempat yang selalu beliau kunjungi iaitu Victoria Street dan Sloane Street. Hasil gabungannya jadilah Victoria Sloane.
Dalam rangkaian produk ni, pelbagai rekaan dan warna diperkenalkan untuk pelanggan pilih. Ahh, sampai rambang matalah. Semua pun cantik-cantik. Rasa nak borong semua. Almaklumlah orang perempuan kan memang pantang sikit tengok yang cantik-cantik ni.
Untuk koleksi kali ni memang sangat sesuailah digayakan wanita zaman sekarang sebab rekaannya yang urban dan up-to-date. Yang bestnya, rekaan dari Asia, jahitan diperkemaskan dengan jahitan dari Itali.
Kalau korang gemarkan dengan edisi limited, haa ini adalah yang kena korang dapatkan sebab kuantitinya terhad & rekaan pun tak akan diulang cetak. Contohlah kalau ada 5 je yang dikeluarkan, maknanya korang akan jadi salah seorang daripada 5 orang dalam dunia ni yang ada pakai beg ni!
Kalau cakap pasal harga, rata-ratanya bawah RM200, dan memang mampu milik untuk yang gemar buat koleksi beg tangan unik. Dan sebenarnya agak berbaloi sebab saiz dan rekaan dia sesuai untuk semua majlis.
Jimat kan? Macam yang pernah Kelly share minggu lepas pasal jenis beg tangan & majlis yang sesuai dengannya.
Kalau korang nak dapatkan beg hasil anak tempatan (support local!) bolehlah buat pembelian dekat:
Website Shopee: https://shopee.com.my/ritasosilawati.os
Instagram Victoria Sloane: https://www.instagram.com/victoria.sloane
Kredit gambar: Maestro Media MY
Artikel asal: Kite Punye