Resepi Air Jamu Homemade Yang Sedap Untuk Badan Lebih Bertenaga
Zaman sekarang semuanya mudah. Nak makanan kesihatan pun ada dalam bentuk pil. Cuma kita perlu laburkan duit sikit untuk dapatkannya.
Berbanding orang lama-lama, dorang lagi suka untuk buat sendiri di rumah sebab kosnya lebih jimat dan tahu apa yang dorang letak dekat dalam tu. Pastinya selamat la kan?
Hari ni Seri Wangi nak share dengan korang satu resepi jamu homemade yang kos dia sangat murah dan rasanya pun sedap. Tak pahit pun macam jamu yang lain.
Bahan-bahan:
– Gula merah
– Asam jawa
– Halia
– Serai
– Kunyit
Cara penyediaan:
1. Bakar halia dan buang kulitnya. Ketukkan sikit untuk pecahkan. Serai pun diketuk sikit. Kunyit dibuang kulit dan dihiris.
2. Masukkan semua ke dalam periuk. Perah air asam jawa, ikut suka tapi jangan masam sangat. Campurkan gula merah untuk beri rasa manis-manis sikit.
3. Masak sampai mendidih, kalau air rasa kurang boleh tambah ikut kepekatan rasa yang korang nak.
4. Lepas dah mendidih boleh sejukkan. Kalau nak minum panas-panas pun boleh, kalau nak minum sejuk-sejuk, boleh masuk dalam peti ais.
Amalkan minyum pagi dan malam sebelum tidur. Kalau korang konsisten, korang akan nampak perubahan pada badan – jadi lebih bertenaga, segar. Masalah kembung perut dah tak ada, proses membuang pun akan jadi lebih lancar & mudah.
Artikel asal: Keunggulan Wanita
Kredit gambar utama” What to Cook/Resepi Citarasawan