Bahan Terbaik Untuk Rawat Semula Rambut
Proses rawatan untuk dapatkan rambut yang sihat memang sukar. Sebab silap langkah mungkin korang akan menjadikannya lebih teruk. Dan proses untuk membaik pulih semula akan makan masa yang lama.
Tapi korang sebenarnya boleh cepatkan proses dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan yang efektif untuk merawat.
Jom tengok sharing Tall Pisces Girl tentang produk apa yang terbaik untuk proses rawatan.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah pelembap semula jadi yang terbaik pernah korang jumpa. Dengan kandungan anti bakteria, minyak kelapa sangat berkesan merawat masalah kelemumur & masalah kulit lain yang berkaitan dengan kulit kepala.
Kalau korang cari conditioner yang bagus, pastikan ada kandungan minyak kelapa untuk buatkan rambut lebih lurus dan lembut.
2. Minyak argan
Kalau nak pilih produk termasuklah produk rambut, minyak argan adalah kandungan yang boleh korang consider. Cuma biasanya minyak argan ni akan buatkan produk lebih mahal sikit sebab prosesnya. Nak nak lagi kalau korang beli yang pure.
Minyak argan ni sangat sesuai untuk yang ada rambut kering & rosak disebabkan perm & warna rambut.
3. Shea butter
Shea butter ni bukan je wangi tapi sangat kaya dengan nutrisi & anti oksidan yang bantu bina semula struktur rambut selepas rosak. Terbaik untuk proses rawat rambut kering yang ekstrem disebabkan kandungan asid lemak yang tinggi.
4. Minyak jojoba
Kalau korang jenis yang tak suka produk berbau, minyak jojoba adalah pilihan terbaik sebab tidak berbau. Struktur minyak jojoba ni macam sebum, jadi ia sangat mudah diserap kulit tak buatkan kulit kepala korang rasa berminyak.
Kalau dekat kedai pula, korang boleh tengok kandungan bahan yang selain daripada dekat atas ni. Jangan takut sebab dorang tetap berkesan untuk proses rawatan. Contohnya:
- Keratin untuk kembalikan serat rambut
- Asid hyaluronic asid untuk melembap dan melindungi
- Panthenol untuk kelembapan di dalam batang rambut
- Hydrolised silk untuk kembalikan struktur rambut
- Kolage untuk lindungi batang rambut
- Gliserol untuk penghidratan & kurangkan kesan static
- Ubiquinone untuk meransang pengeluaran keratin semula jadi & jadikan rambut lebih kuat secara menyeluruh
- Ceramides untuk perbaiki rambut yang patah
Jadi lepas ni korang bolehlah tahu produk yang mana satu yang sangat berkesan untuk rawat masalah rambut korang dengan baca dulu kandungan bahan yang ada.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Tall Pisces Girl
Kredit gambar utama: Stylecraze