Pernah Kena Plantar Fasciitis? Sakit Tumit Yang Tuhan Je Tahu Rasanya
Pernah tak korang rasa tiba-tiba je rasa sakit dekat tapak kaki? Rasa tu macam kena cucuk atau pun macam terbakar?
Kalau korang nak tahu, sakit ni nama dia plantar fasciitis yang biasanya terjadi masa nak melangkah lepas bangun tidur, bangun dari duduk atau pun masa berdiri pada waktu lama.
Jom dengar pengalaman Comel terkena sakit plantar fasciitis ni.
Mula-mula tu Comel rasa macam tapak kaki kiri sakit yang amat. Tak tahu punca, mulanya macam boleh tahan tapi lama-lama rasa menyucuk dia sampai buat Comel susah nak jalan.
Sebabkan dah tak tahan sangat, Comel pun pergi klinik untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tanya punya tanya, doktor cakap Comel terkena radang tumit atau lebih dikenali sebagai plantar fasciitis.
Penyakit ni semua orang boleh kena, tak kisahlah tua, muda, badan besar atau badan kecil. kebanyakan yang terkena penyakit ni adalah ahli sukan. Antara beberapa puncanya adalah daripada berat badan berlebihan, penggunaan kasut yang salah, dan berdiri/berjalan terlampau lama.
Kalau korang pernah rasa benda yang sama, ada beberapa cara rawatan untuk hilang/kurangkan sakit ni:
- Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
- Mengurangkan berat badan
- Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
- Fisioterapi – ultrasound / heat / cold
Kalau rawatan ini tak berkesan, maka ubat yang dicampurkan dengan steroid & lignocaine akan diberikan untuk kelegaan sementara & segera.
Selain tu bolehlah buat senaman minimal, makan ubat tahan sakit anti radang, pakai tape kaki untuk rawat bahagian yang bengkak dan jaga apa yang Comel makan. Dan jujurnya memang berkesan.
Comel juga adalah tengok beberapa video dekat YouTube senaman untuk legakan sikit rasa sakit tu.
Buat pengetahuan korang, sakit ni memang tak ada ubat tau. Dia hanya boleh disembuhkan kalau korang dapat rehat yang secukupnya dan ikut apa yang doktor cakap.
Artikel asal: Comel Comot