Solusi Masalah Kulit Kering & Kelembapan Tahan Lama
Duduk dalam bilik ber aircond, cuaca terlampau panas buatkan kulit kita jadi kering. Kadang-kadang tu terpaksa reapply losyen setiap 20-30 minit supaya kulit kekal lembap.
Kalau tidak rasa tak selesa je. Lagi teruk bila kulit kering mula menggelupas & terluka. Memang parah.
Jadi hari Sherlyn nak share review produk Atopal yang bantu korang yang ada masalah kulit kering.
Atopal Real Barrier Intense Moisture Cream
Yang best pasal produk Atopal ni ialah korang tak payah apply berkali-kali sebab ia boleh memberikan kelembapan dekat kulit korang sampai 48 jam lamanya.
Dengan teknologi MLE, skin barrier korang jadi lebih kuat. Jadi kulit akan kekal hidrat, tak kering dan tak adalah kulit beriritasi.
Dia punya packaging sangat simple – jar putih dan spatula. Dengan campuran lavender, citrus & minyak vetiver, aroma yang dihasilkan cukup unik, menenangkan & dalam masa sama tak buat orang sakit hidung bila bau.
Tekstur dia pun sangat light, jadi sangat senang diserap kulit. Lepas je apply, tak ada pun kulit terasa melekit.
Cara nak guna sangat mudah:
- Korang hanya perlu guna pagi dengan malam je.
- Sapu di bahagian muka dan leher dengan gerakan ke atas.
- Boleh juga digunakan sebagai mask.
Sherlyn perasan, bila pakai secara konsisten ada perubahan pada kulit muka Sherlyn. Nampak lebih glowing & sihat. So, kalau korang pun ada masalah kulit kering, bolehlah try jugak.
Duduk dalam aircond pun tak ada masalah.
Artikel asal: Read Sherlyn