(Bongkar Rahsia) Capai bentuk badan Ideal tanpa senaman diet
Setiap orang pasti menginginkan bentuk tubuh yang ideal. Tapi pada fahaman korang apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai ‘ideal’? Adakah semata kurus? Atau memiliki tubuh yang sihat? Tubuh yang langsing? Atau semuanya sekali?
Selama beberapa dekad tubuh ramping telah dianggap sebagai bentuk tubuh ideal. Jadi tidak hairan lah kalau ramai orang yang memasang azam dan berusaha keras untuk mencapai bentuk tubuh ideal mereka.
Bagaimanapun fahaman bentuk badan ideal ini juga berbeza setiap individu, kalau memandang dari sudut kesihatan semestinya apabila BMI kita seimbang, kalau secara fizikal sudah tentulah bila dah boleh pakai baju saiz S.
Namun, bentuk tubuh ideal tidak selalu dicapai dengan diet sihat dan olahraga yang intense. Ada juga kaedah tanpa diet dan senaman yang berhasil membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Berikut adalah rahsia wanita untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal tanpa perlu senaman dan diet;
Awasi tingkat stres Anda
Stres dapat menjadi salah satu faktor terbesar dalam lemak tubuh seseorang. Stres memacu penghasilan kortisol yang meningkatkan gula dalam darah. Akibatnya, lemak terkumpul di perut. Streslah yang menyebabkan seseorang mencari pertolongan dalam bentuk makanan berlemak, berminyak, dan manis kononnya sebagai reward atau hadiah untuk dirinya sendiri.
Jangan makan sambil menonton TV atau guna smartphone
Seperti aktiviti lainnya, makan adalah aktiviti yang memerlukan konsentrasi. Ketika aktiviti makan dilakukan ketika menonton televisyen atau smartphone, kita cenderung mengunyah tanpa berpikir. Akibatnya, otak menginterpretasikan signal yang berdaftar sebagai gangguan pencernaan. Kadang-kadang kita juga tak sedar berapa banyak makanan yang kita sumbatkan dalam mulut. Makanya kita ralit tengok tv dan smartphone rupanya habis semangkuk besar nasi goreng.. huhu Jadi, makan dengan bijak dan penuh perhatian ya.
Banyakkan minum air putih
Saat kita haus, otak memberi signal. Namun, seringkali tubuh salah mengartikannya sebagai rasa lapar. Kerana itu, minumlah banyak air putih. Kurangi minuman manis dan kafein. Jika anda tidak terbiasa minum air putih, korang boleh mula perlahan-lahan dengan biasakan bawa air putih ke mana sahaja anda pergi. Selain itu setiap kali makan di luar pun bawa botol air sendiri, oleh itu korang tak perlu nak order air lagi.
Jangan obses dengan penurunan berat badan
Ingin menurunkan berat badan? Kamu tidak boleh terlalu obses untuk menurunkannya. Tanpa sedar, obsesi ini akan membuat anda depresi. Jika fikiran anda berada di jalur yang sihat, tubuh akan mengikuti. Bak kata lagu dulu-dulu Badan Sihat Otak Cerdas. Makan hal-hal yang membuat tubuh anda lebih sihat, banyak bergerak kerana itu menyenangkan dan membebaskan anda dari stres. Ini lebih baik daripada hanya fokus pada jarum penimbang yang bergerak ke kiri.
Perbanyakkan lakukan aktiviti dan hobi yang boleh membuatkan anda jauh dari stress dan sebaiknya tidak terlalu memikirkan tentang hendak menurunkan berat badan. Konsepnya menurunkan berat badan perlu dilakukan secara natural maksudnya anda perlu menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terlalu memikirkan tentang nak kurus sebab takut bila tak berjaya anda akan kecewa akhirnya.