Cara & Syarat Pengeluaran i-Citra 2021 Dari KWSP
YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman mengenai pengeluaran i-Citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini adalah salah satu cara bagaimana dapat membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak pandemik Covid 19 yang begitu ramai terjejas dengan pendapatan harian mereka.
Untuk pengetahuan semua i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran setelah diteliti dengan cara terbaik bagi membantu ahli yang terjejas. Namun begitu KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli. Kita sebagai ahli perlu berfikir dan mengambil tindakan lebih rasional dalam mendapatkan keseimbangan antara keperluan semasa dengan simpanan masa depan bagi membantu menghadapi kesukaran ketika pandemik ini.
Syarat Pengeluaran i-Citra 2021
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan maksimum pengeluaran adalah RM5,000 (Ini adalah tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2). Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Bagaimana Proses Permohonan dan Tarikh Pembayaran i-Citra 2021
Ahli KWSP boleh terus ke talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my yang akan mula dibuka 15 Julai 2021. Setelah permohonan dilakukan dijangkakan untuk pembayaran pertama bakal dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Pastikan nombor telefon bimbit telah dikemaskini. Ini bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
*********************
Bagi saya sendiri secara peribadi duit yang diperuntukkan dalam akaun ini merupakan untuk simpanan masa hari tua. Sekiranya kita benar-benar perlu menggunakannya sekarang ataupun kita mempunyai perancangan lain (manfaat yang lebih besar seperti menyimpan ke Tabung Haji atau ASB) tidaklah rasa ralat untuk dikeluarkan. Tetapi jika ingin memanfaatkan seperti ke arah hidup lebih mewah, contoh membeli perabut rumah, shopping beria-ia di Shopee dan sebagainya. Saya mencadangkan lebih baik kita simpan. Duit setinggi gunung banyak manapun, jika ditoreh akan menjadi rata juga.
Terpulang pada keperluan dan kehendak masing-masing. Jika benar-benar perlu dan inilah peluangnya menggunakan duit simpanan sendiri. Jika tidak perlu, jom hidup secara sederhana tanpa rasa sesal di kemudian hari.
Artikel asal: Ayu Arjuna
Kredit gambar utama: Bernama