Petua Buat Sambal Belacan Supaya Tak Bau Belacan Tapi Ada Rasa Belacan
Cara/petua supaya sambal belacan tak berbau belacan nan busuk tapi ada rasa belacan. Tajuk panjang giler ek.
Bahan:
- Cili api 20-30 tangkai
- 1sb gula pasir / gula merah
- 1st garam halus
- 3 biji limau nipis (diperah dan di ambil patinya)
- 1 sudu besar cuka makan
- Belacan sebesar ibu jari
- Bawang merah/bawang besar
Petuanya:
Bawang dan belacan dibakar atas api sehingga garing (bukan hangus yer)
Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pati limau dan cuka (sekarang dan moden dik. Semua masuk blender sudah.
Nak tumbuk menumbuk pakai batu lesung ni, haru jiran tetangga degar kalau duk umah apartment macam aku ni) dan blendkan semua sehingga lumat.
Kemudian alihkan ke dalam mangkuk dan masukkan pati limau serta cuka tadi.
Sedia dihidang dan dicicah dengan pelbagai ulaman bagi yang meminati sayuran hijau dan ulaman.
P/S:
Percaya atau tidak bau sambal belacan kat tangan takkan ada.
Hihi. Enjoy ur sambal belacan sampai lebam yer. Dan lagi sambal belacan ni bertahan hingga 2 ke 3 bulan. disebabkan cuka tadi.
So pastikan masukkan dalam bekas yang bertutup rapi dan simpan ditempat sejuk seperti fridge ok.
Artikel asal: Mommy Comel
Kredit gambar utama: The Woks of Life/Shopee