Tips Penjagaan Jambang Untuk ‘Beard Gang’
Korang mesti pernah dengar kan pasal beard gang; satu trend yang biarkan rambut iaitu jambang tumbuh melebat dekat muka. Sekarang ni ramai yang tergilakannya.
Kalau korang salah seorang beard gang, korang kena tahu proses tanam jambang/janggut ni adalah proses yang disengajakan. Jadi nak capai tujuan tu ada benda yang boleh, kena dan harus dilakukan.
Untuk itu, hari ni Charmaine nak bagitahu beberapa petua nak jaga janggut/jambang korang untuk tumbuh sihat.
Makanan
Makanan seimbang bukan sekadar untuk badan yang sihat. Tapi dalam masa yang sama membantu korang yang nak bela janggut/jambang lebat. Ikan adalah salah satu makanan yang wajar korang amalkan.
Tapi dalam masa yang sama, korang boleh juga ambil suplemen untuk bantu proses ni secara semula jadi.
Stail
Untuk bela jambang/janggut, korang kenalah berstail yang sesuai. Contohnya, korang nak berjambang sebab korang tertengok Wak Doyok sampaikan tiru stail Wak Doyok.
Jangan macam tu.
Dalam proses tumbuhkan jambang/janggut tu, korang mungkin boleh tengok stail apa yang sesuai dengan wajah & gaya korang. Boleh jugak tanya dekat tukang gunting rambut sebab dorang pakar pasal benda ni.
Tidur
Korang juga patut tahu yang tidur mainan peranan penting untuk pastikan jambang/janggut korang tumbuh sempurna. Jadi jangan take for granted tau. Kalau korang rasa ragu-ragu, korang bolehlah consider balik macam mana stress boleh buatkan rambut beruban.
No pain, no gain
Masa awal-awal proses pertumbuhan jambang/janggut memang tak mudah sebab akan ada rasa gatal-gatal. Ini normal dan korang kena tahan sikit. Jangan garu terlampau kasar sebab nanti akan sebabkan masalah lain macam luka atau pun radang.
Jaga kebersihan
Cuci dalam keadaan kerap mungkin boleh beri kesan dekat keadaan rambut jambang tadi sebab korang buang minyak semula jadi yang ada.
Gunakan air suam untuk pastikan ia bersih. Boleh juga guna balm yang khas untuk jambang/janggut, syampu untuk kekalkan kesihatan kawasan ni.
Tapi pastikan produk tu yang memang khas untuk jambang/janggut tau. Sebab kalau produk biasa, ada yang terlampau keras untuk rambut di kawasan muka.
Sabar
Mungkin korang excited nak trim jambang/janggut supaya nampak kemas. Tapi sabar, jangan tergesa-gesa. Kalau awal-awal korang dah kacau nanti dah tak lawa kesannya.
Jadi biarkan panjang dah dekat 2 inci barulah trim. Kalau tak sabar sangat, 1.5 inci tu kira okeylah.
Cara betul
Pastikan cara potong jambang/janggut korang tu betul supaya kena dengan stail korang. Tarik dari garis leher dan bukannya dari jawline korang.
Sebab bila buat dari jawline, korang akan buang banyak daripada yang sepatutnya. Jadi bila tarik dari garis leher, korang boleh kawal berapa banyak nak buang.
Jangan biarkan sisa makanan
Mungkin sebab dah lebat sangat, ada yang sampai tak sedar makanan tu jatuh dekat jambang/janggut.
Pastikan bila makan tu, jambang/janggut tak terkena pada makanan atau pun ada sisa makanan yang terlekat. Bila ada, ia akan buatkan jambang/janggut korang berbau atau biak bakteria.
Aftershave
Setiap kali bercukur, kenalah ada aftershave care. Selain daripada nak pastikan yang kawasan dicukur tu bersih & kemas, sebab utama aftershave penting adalah untuk elakkan luka atau pun naiknya red bump dekat kawasan tadi.
Dan ini bukan sekadar untuk jambang/janggut. Dekat kawasan mana-mana pun kalau korang cukur memang kena ada aftershave.
Final note
Yang terakhir, bela jambang/janggut bukan sekadar bagi dia tumbuh je tapi perlu ambil kira juga kesihatan.
Jadi kalau korang tengah otw nak bela jambang/janggut, gunalah produk yang memang khas untuk itu supaya lebih berkesan & selamat.
Artikel asal: Tall Pisces Girl
Kredit gambar utama: Toodia