Inspirasi gaya tudung selebriti
Gaya bertudung memang buat girls nampak lagi manis dan ayu. Tambahan pula ramai selebriti yang kini sudah mengenakan hijab ramailah yang tidak terkecuali menjadikan gaya mereka sebagai trend dalam fesyen hijab.
Sememangnya fesyen bertudung kebanyakkannya berkembang mengikut trend yang rata-rata diilhamkan oleh artis.
Contohnya siapa ingat dulu kita ada tudung Wardina lepas tu tudung Waheeda, lepas tu Tudung Bienda, rata-rata nama trend tudung ini bersempena nama artis yang memakainya. Jadinya banyaklah tudung pun jadi nama artis untuk menarik perhatian.
Kini ramai artis yang rata-rata kita kenal semasa membesar (bagi 90’s dan ke bawah) dah menjadikan pemakaian tudung sebagai imej. Malah ada juga selebriti yang membawa trend tudung dalam jenamanya sendiri. Santai Sini nak listkan artis-artis masa kini yang menjadi inspirasi fesyen tudung,
1. Neelofa
Tidak dinafikan, Neelofa atau Lofa mempunyai empayar jenama tudung yang sangat berjaya. Bukan sekadar berjaya mencapai keuntungan tetapi mencetuskan trend setiap kali adanya keluaran baharu. Stail tudung yang dibariskan oleh Neelofa sangat effortless, segar dan terkini. Malah apabila Neelofa selalu memakainya semasa mengacara, ramai yang tertarik dengan gaya tudung Neelofa sampai ada yang katanya tidak pernah miss membeli setiap koleksi tudung bekas pengacara Meletop ni.
2. Vivy Yusof
Taikun usahawan fesyen wanita ini sangat dikenali dengan gaya tudung yang stail. Sama seperti Lofa selebriti ini mempunyai empayar fesyen yang sangat berjaya menerusi jenama Duck.Tudung ducknya sangat mendapat permintaan tinggi malah dinanti-nanti setiap kemunculan baru. Gaya tudung Vivy sentiasa diolah bagi melengkapi imej professionalnya selaku usahawan fesyen. Malah gaya jenama miliknya sangat resemble stail Vivy sendiri.
3. Siti Nurhaliza
Diva nombor satu negara ini sudah kita tahu gaya tudungnya sangat bersahaja dan kemas. Mungkin siti jarang nak mellilit sana sini tetapi gaya yang biasanya dibawa Siti sangat sesuasi dengan imejnya yang sopan dan ayu. Trend tudung Siti Nurhaliza yang hari ini sedah dalam fasa bertutup litup tetapi kalau siapa masih ingat trend tudung yang berkait dengan Siti Nurhaliza bermula daripada tudung kerudung dan serkup. Setiap fasa bertudung siti dari tudung separuh sampai penuh semua jadi trend.
4. Elfira Loy
Selaku gadis kecil molek, Elfira Loy sangat arif dalam fesyen tudung yang digayakannya. Sangat stailist dan elegan, gaya tudung Elfira mencerminkan dia sebagai wanita yang matang dan professional. Elfira juga merupakan artis yang rajin berkongsi tutorial pemakaian tudung dan pada masa membawakan trend pemakaian tudung yang tersendiri dan bijak menyembunyikan saiznya dan kelihatan sedikit tinggi.
5. Mira Filzah
Selebriti ini sememangnya bermula dalam industri dengan penampilan bertudung dan berjaya menambat hati ramai jejaka di luar sana. Mira Filzah merupakan artis yang mencerminkan gaya seimbang antara kesopanan gadis Melayu dan moden. Trend tudung Mira Filzah juga merupakan antara gaya yang dikatakan mudah dicontohi dan gayanya juga sangat sweet, elegan dan matang.
So gaya siapa yang korang suka dan selalu follow, min suka semuanya sekali dan kadang-kadang akan try trend tudung artis-artis ni especially masa pergi majlis atau kenduri. Kadang-kadang min kalau malas pakai tudung sarung je lah.. hahahaha