Resepi Daging Masak Kicap, Simple Tapi Puas
Assalamualaikum
Yuyu punya idea masak, mestilah paling simple di alam semesta tapi sedap. Masakan Yuyu kali ni, paling sesuai kalau nak masak time pagi. Time tengah huru hara nak pi kerja ka, tapi nak juga makan air tangan sendiri. Lagi jimat lagi sihat. Khenn.
Resepi Daging Masak Kicap
- 1biji Bawang Besar – hiris untuk tumis
- 2ulas Bawang Putih – hiris untuk tumis
- 1biji Bawang Merah – hiris untuk tumis
- 1/2inci Halia
- 1 1/2 cawan Kicap Manis TIRANA
- 1 mangkuk daging
- Garam – secukup rasa
- 1 1/2 cawan Air
Cara-Cara:
Rebus daging hingga empuk dan tos kan daging. Jangan buang air rebusan daging, sebab nanti, kita akan guna. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, dan bawang merah. Bila dah tumis dah naik bau, masukkan halia, Kicap Manis TIRANA dan 1/2cawan air rebusan daging tadi. Bila dah nampak dah sebati, masukkan daging yang direbus tadi, dan biar selama 10 minit supaya daging serap rasa tumis dan kicap. Selepas 10 minit, tambahkan garam secukup rasa. Biar beberapa masak beberapa minit, dan hidang.
Allah! Senang hoi. Yuyu masak ni, tak sampai 30minit. Sambil tengok Habib main. Lepas ni, kalau nak cepat, try je buat resepi ni. Senang weh. Hari tu buat, licin juga sekali makan. Habis sangat, buat ja bekal anak pi sekolah. Kann.
Air rebusan daging penting, untuk buat rasa daging lebih.
Try buat bihun goreng guna Kicap TIRANA, lagi rasa lemak manis, lemak masin dia.
Cakap pasal kicap, Yuyu guna Kicap TIRANA sebab masakan jadi lagi sedap. Sangat sedap. Cukup rasa lah. Lagi tambah rasa lemak. Kicap TIRANA siap masuk iklan TV3 baru-baru ni okay! Pak Nil pun dah banyak kali cakap pasal kicap ni.
Favorite yuyu, kicap lemak manis.
Bab makan nasi dengan telor + kicap, memang betoi-betoi teringat zaman kecik-kecik dulu. atok kalau yuyu malas sangat makan, dia hidang ja telor + nasi + kicap. licin ja lepas tu. dah besaq ni, rajin masak ja laa.
Teringat zaman dulu, makan nasi + teloq + kicap. hoi. sedap dah aih!
P/s: orang Kedah tak panggil kicap, kami panggil toyu. kiut dak? :p
Artikel asal: Yuyu Zulaikha