Cubaan Bunuh Diri Paris Jackson Lepas Kematian Michael Jackson
Pada tahun 2013, anak Raja Pop, Michael Jackson, Paris Jackson didapati menulis nota bunuh diri dan cuba menggelar pergelangan tangannya dengan pisau pemotong daging. Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Kata kaum keluarganya, Paris tertekan dan mengalami kemurungan selepas kematian ayahnya pada tahun 2009 dan selepas daripada kematian ayahnya, beliau dimasukkan ke dalam hospital psikiatri selama 72 jam.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Paris ada perasaan nak bunuh diri.
Kata satu sumber, “Paris benar-benar rasa dia perlukan ayahnya. Dia pernah dapatkan rawatan untuk depression dan kejadian ni macam tangisan beliau meminta tolong.”
Tahun lepas, Paris ada open up kepada umum berkenaan dengan mental health issue dan cubaan bunuh diri.
Paris jelaskan yang dia tak suka diri dia sendiri dan rasa yang kesakitan adalah cara untuk lari daripada kesakitan emosi selepas kematian ayahnya.
Kasihan Paris.
Artikel asal: Ashleyyeen